Friday, December 4, 2009

YONG PENG & MELAKA MAKAN TRIP PART II

Kebelakangan ini, cuaca tidak baik, asyik asyik hujan saja. Semasa dalam perjalanan dari Yong Peng ke Melaka, hujan lebat tidak berhenti-henti.

Hoe Kee Chicken Rice Shop menjadi tempat tujuan pertama semasa kami sampai di Melaka.


Walaupun hujan turun dengan lebat, tetapi masih ada lagi pelanggan yang “mencari makan” di kedai ini. Ini adalah kali pertama kami mengunjung di sini, setiap kali kami mengunjungi di Melaka adalah pada waktu petang, tetapi kedai ini menutup pada pukul 3pm.

Kami telah order nasi ayam untuk bilangan 2 orang dan ikan asam jawa. Rasa ikan asam jawanya sangat special dan sedap dimakan dengan nasi.



Taste Ratings: 3 bintang
Environment Ratings: 4 bintng
Pricing Ratings: 2 bintang

Alamat: 4, Jalan Hang Jebat (Jonker Walk) – 7.30M-4.00PM

Selepas makan tengahari, kami pun shopping di Pahlawan Mall dan Mahkota Parade. Di samping itu, kami menikmati hi-tea di Big Apple.

Tempat tujuan seterusnya adalah popiah yang terkenal di Jalan Bunga Raya dimana pernah diceramah di program TV “Ho Chiak”.

Tauke popiah yang handsome


Ini adalah super popiah, ia dibalutkan dengan dua lapis kulit popiah bersama dengan sengkuang, timun, taufu, telur dan kacang. Kamu tentu tidak lupa selepas mencubanya.



Kami sangat bertuah, masa kami sampai ke gerai ini sudah pukul 6.30pm, popiah kami adalah popiah yang terakhir pada hari itu. Masih ada orang datang untuk order semasa tauke mengemas barang, tetapi sudah habis dijual, maka mereka menujukkan muka yang kecewa, kesiannya.

Kami berjalan-jalan di Jonker Walk yang hanya buka pada hari minggu sahaja. Adik I ternampak kuih cawan berstyle Hong Kong, kami telah membeli dua kuih ini dengan serta-merta.

Di sebelah kiri adalah kuih yang perisa ubi dan kacang merah, di sebelah kanan pula adalah kuih berperisa pandan dan kacang merah.


Cendol yang terkenal di Jonker Walk telah habis dijual, semasa itu hanya pukul 7 malam sahaja, kami nampak tauke tengah mengemas barang untuk menutup kedainya.



Kami terpaksa menikmat cendol di Bibik House Cendol. Rasanya boleh tahan juga, tetapi cendol yang dijual di sini lebih mahal dan ramuannya pun kurang padat, RM2.50 semangkuk.

Tempat tujuan kami seterusnya adalah putu piring di Jalan Tengkera.

Kedai ini pernah diceramah oleh Astro AEC. Perniagaannya juga bagus walaupun pada hari biasa, meskinpun hari ini adalah hari minggu, perniagaannya lagi bertambah baik.

Rupa-rupanya kedua suami isteri ini adalah keturunan baba dan nyonya, maka putu piring mereka adalah berperisa keturunan baba dan nyonya. Caranya membuat putu piring adalah secara tradisional, maka gerai ini memerlukan 4 orang dalam proses membuat putu piring ini. Harga putu piring juga murah, 80 sen satu.



Suami berperanan membuat putu piring dengan menggunakan tepung pulut dan gula melaka ( adik I telah mengira bahawa suaminya hanya memerlukan 8 saat untuk menyiapkan satu putu piring), isterinya pula bertanggungjawab unutk mengukuskan putu piring. Putu piring yang telah dikukus akan dialihkan kepada anak yang berperanan meletakkan kelapa parut muda dan lapiskannya dengan daun pisang, selepas itu sedia membungkus.

Kamu semua ingin makan putu piring yang sedap ini? Perasa putu piring ini sedap sekali, kamu akan dapat makan gula melaka dalam setiap suapan.


Taste Ratings: 4 bintang
Pricing Ratings: 5 bintang

Alamat: 252, Jalan Tengkera. 7.30m-11pm

Tempat tujuan terakhir di Melaka adalah makan Fried Oyster Omelette di Jalan Bunga Raya.

Fried oyster omelette agak terkenal di Melaka, ia dibuat daripada tepung, telur dan oyster yang segar.

Tauke sedang rajin menggoreng oyster omelette


Isteri tauke yang bermuka masam


Fried oyster omelette yang sedap, RM5.00


Taste Ratings: 4 bintang
Enviroment Ratings: 2 bintang
Pricing Ratings: 3 bintang

Alamat: Jalan Bunga Raya 7.00-12.30am

Semua yang dicatatkan di atas adalah makanan yang telah dimakan dalam trip makan ini, kesemuanya adalah 10 jenis, I pula berasa terkejut selepas mengira. Kami berasa amat gembira dalam trip ini, pengalaman mengembara telah bertambah, meskinpun dengan berat badan, Haiz!!

No comments:

Post a Comment