Friday, December 18, 2009

SEA BIRDNEST ~ SEAWEED


Sea birdnest ini merupakan sejenis rumpai laut yang kaya dengan vitamin dan zat mineral (Calcium, Sodium, Magnesium, Iodin, Iron, Collagen dan zinc). Ia juga dibuktikan penuh dengan vitamin seperti vitamin A, C, B1, B2, B6, B12, D3, Amino acid, Folic Acid dan Vitamin E.

Sea birdnest ini mempunyai paling banyak zat nutrien di antara rumpai laut yang terdapat di dunia ini. Ia memberikan banyak manfaat dalam memperbaiki sistem penghadaman, mengelakkan toksid yang berkumpul di dalam badan, terutamanya collegennya boleh membantu dalam mengurangkan kesakitan sendi-sendi dan otot-otot badan. Tambahan pula, ia juga boleh mengekalkan kalsium dan membina sel darah merah dalam badan.

Kebaikan-kebaikan yang lain seperti mengurangkan gula dalam kandungan darah dan kolestrol dalam badan, mengurangkan tension, mengelakkan osteoporosis, menambahkan kegelitaan muka, memperbaiki tisu badan, mempertingkatkan system keimunan dan memperbaiki metabolism.


Sea birdnest yang belum rendam


Sea birdnest yang telah dibersihkan dan menunjukkan muka rumpai laut


Ramuan-ramuan adalah white fungus, red dates dan rock sugar.



Cara : sea birdnest dipotong dalam keratan yang kecil. Apabila white fungus dan red dates telah masak, masukkan rock sugar mengikut kesukaan, akhir sekali masukkan sea birdnest, masak untuk sepuluh minit, ready to eat.


Ia mempunyai dua jenis cara untuk dimakan iaitu secara panas atau sejuk. Masukkan ke dalam peti sejuk akan menjadikan pudding.


No comments:

Post a Comment