Wednesday, December 23, 2009

E-NEWS PART 3

Setiausaha yang baru sudah datang. Sejak Susan meninggalkan company selama dua bulan lebih ini, terdapat ramai calon datang menemuduga, tetapi lady boss macam memilih menantu, tiada satu pun memenuhi cita rasanya.

Mungkin boss merajuk pada lady boss sebab dia memerlukan seorang setiausaha yang dapat menolong menguruskan kerjanya. Akhirnya, lady boss mengambil calon yang pertama datang untuk temuduga. Sebenarnya, kelayakannya amat memenuhi syarat jawatan ini, tetapi lady boss mengadu bahawa dia terlalu muda. Setiap orang perempuan tidak kira muda atau tua pun akan jealous pada perkara yang sensitif.

Pada hari pertama setiausaha datang melaporkan diri telah membuat semua orang terkejut. Rupa-rupanya dia mempunyai muka yang semirip seorang artis Hong Kong-Miriam Yeong. Sekurang-kurangnya ada 80 peratus muka mirip sama, terumatanya muka tepinya.

Pada hari pertama melaporkan diri, boss mesti melayannya dengan muka yang mesra,I rasa dia akan mengetahui dugaan kelak. Lepas itu, dia dipanggil oleh lady boss untuk bermesyuarat.

Rakan sekerja Z membuat lawak mengatakan lady boss akan memberi amaran kepada setiausaha baru ini: kamu baik-baik bekerja tau, jangan mengoda husband I!

Setiausaha ini boleh bertahan berapa lama, kami hanya menanti-nantikan lah.



No comments:

Post a Comment