Thursday, December 31, 2009

Tuesday, December 29, 2009

26HB DECEMBER YANG TIDAK DILUPAI

Hari ini adalah hari yang tidak boleh dilupai oleh I, hari yang tidak sesuai dengan melakukan semua perkara. Blog ini amat panjang sikit yang mengenai pengalaman yang berlaku pada hari itu, I berharap kamu semua boleh membaca dengan hari yang teliti.

Sebenarnya malam ini, I telah mengajak kawan memakan buffet di Hotel yang terletak di Seremban. I amat menanti-nanti kedatangan hari ini, kenapa? Sebab I ini asyik-asyik suka memakan.

Maka kami tidak mahu makan lunch dengan kenyang, lepas itu bercadang memakan ikan bakar yang sedap di Kelana Jaya.

I perasan ikan bakar telah berpindah berdekatan dengan Giant, tetapi tidak terjumpa-jumpa. Sebab kelaparan, kami terpaksa memakan rojak mamak di tepi jalan.

Sebaik kami bermula memakan, hujan pun turun dengan lebatnya. Dengan serta-merta, kami hanya memakan dengan secepat mungkin, takut nanti tidak dapat memasuk ke dalam kereta.

Selepas itu, kami ingin membeli sesuatu di Giant, tetapi telah mencari di beberapa kedai pun tidak jumpa. Maka telah membazirkan banyak masa.

Disebabkan hujan, kami sampai rumah sudah pukul 5 petang. Kami mandi dan mengemaskan diri dalam masa satu jam. Pada pukul 6 petang, kawan I menelefon dan mengatakan bahawa salah seorang kawan ada urusan keluarga, maka tidak dapat menghadiri jamuan kami, tempat perjumpaan akan bertukar ke tempat lain. Aduhai, tidak dapat makan buffet di hotel, sedihnya.

Dalam perjalanan balik ke Seremban, Ivan perasan keretanya ada masalah, lampu syarat airbag berkelip-kelip, seluruh kereta macam tidak ada kuasa elektrik. Hujan masih lebat, kami tidak membuka hawa dingin, sebab perlu membuka lampu dan wiper.

Hampir sampai ke kawasan rehat Seremban, kebanyakan kereta telah memperlahankan kereta. Ketika ini, enjin kereta tiba-tiba mati di dalam lebuhraya. Ivan cuba memasangkan enjin kereta tetapi tidak berjaya.

Nasib baik jalan pada masa itu adalah menurun bukit, maka kereta yang berenjin mati megalir ke laluan kecemasan. Dengan bertuah, kereta di belakang kami tidak melanggar kereta kami, kalau tidak , kami telah menjadikan tajuk utama di dalam surat khabar.

Kereta kami macam ingin mencari kawan, sebab masa itu lokasi belakang kami terdapat dua buah kereta yang berlaku kemalangan. Maka kereta belakang telah melindungi kami, Ivan baru dapat menurun kereta dan menolak kereta ke tepi sikit untuk mengelakkan halangan kepada pengguna jalan raya.

Ivan menelefon kepada agensi insuran, mereka mengatakan bahawa mereka memerlukan masa selama 30-45 minit. Maka kami hanya boleh menunggu sahaja. I ada menelefon kepada kawan mengatakan perkara yang telah berlaku ini, I pun tidak tahu sama ada mereka percaya atau tidak.

I berasa agak boring, maka mengambil gambar di sini sana. Tetapi akhirnya I telah mempadamkan segala gambar untuk mengelakkan mengambil gambar yang tidak teringin.

Lori sampai ke tempat kami selepas satu jam setengah. Sebelumnya pengawai PLUS telah memeriksa kereta dan mengatakan bahawa alternator telah rosak. Maka kereta Ivan telah ditarik ke atas lori dan menunjukkan “kereta membawa kereta”. Kamu semua mesti ingin mengetahui sama ada kami duduk di dalam kereta atau lori, mestilah lori sebab pemandu lori mengatakan bahawa duduk di dalam kereta sendiri adalah sangat bahaya.


Inilah penyelamat kami


Kereta membawa kereta



Semasa balik ke rumah Ivan, semua jiran keluar menengok apa yang telah berlaku, maka kami telah menjadi super star pada malam tersebut.

Pada akhirnya, kami cepat pergi mengisi perut. Maka dinner kami daripada buffet menjadikan bak kut teh ditepi jalam. Kemungkinan besar terlalu lapar, bak kut teh malam ini sangat sedap.

Hari ini, kami telah menambahkan rekod sejarah di dalam hayat kami, kali pertama “makan angin” di tepi jalan lebuhraya dan kali pertama menaiki lori tow truck.

Monday, December 28, 2009

KUSYEN KERETA TERBARU PADA TAHUN 2009

Hari itu, dalam perjalanan balik kampung, I perasan produk terbaru ini ~



Ia sangat bergaya, rupa-rupanya sofa di rumah juga ada kegunaan sedemikian.

P/S: Ivan sengaja memandu mendekati van ini supaya dapat menangkap gambar yang sejelas ini.

Friday, December 25, 2009

HADIAH KRISMAS


Dua hari sebelum Hari Krismas, salah seorang rakan sekerja bercadang bertukar-tukar hadiah krismas.

Dengan bertuahnya, I mendapat hadiah yang disediakan oleh Lay Hua iaitu couple key chain yang berbentuk Mickey Mouse dan Minnie Mouse, comelnya.


Ini adalah hadiah yang disediakan oleh I. Rachel merupakan pemilik yang bertuah.

Thursday, December 24, 2009

FULL HOUSE CAFÉ

I telah lupa untuk menyambut hari kenangan apa, kami telah merancang makan tengahari di Full House Café dimana ia terletak di NZX centre.

Café ini memberikan perasaan keadaan rumah kepada para pelanggan, ia menggunakan movie Full House sebagai tema cafénya. Semua pelayan kedai akan menggunakan bahasa korea “welcome” untuk pelanggan yang datang.

Kami telah order dua set lunch yang mempunyai main course, soup appetizer, beverage dan dessert.






Taste Ratings : 3 bintang setengah
Environment Ratings:4 bintang
Pricing Ratings: 3 bintang

Wednesday, December 23, 2009

E-NEWS PART 3

Setiausaha yang baru sudah datang. Sejak Susan meninggalkan company selama dua bulan lebih ini, terdapat ramai calon datang menemuduga, tetapi lady boss macam memilih menantu, tiada satu pun memenuhi cita rasanya.

Mungkin boss merajuk pada lady boss sebab dia memerlukan seorang setiausaha yang dapat menolong menguruskan kerjanya. Akhirnya, lady boss mengambil calon yang pertama datang untuk temuduga. Sebenarnya, kelayakannya amat memenuhi syarat jawatan ini, tetapi lady boss mengadu bahawa dia terlalu muda. Setiap orang perempuan tidak kira muda atau tua pun akan jealous pada perkara yang sensitif.

Pada hari pertama setiausaha datang melaporkan diri telah membuat semua orang terkejut. Rupa-rupanya dia mempunyai muka yang semirip seorang artis Hong Kong-Miriam Yeong. Sekurang-kurangnya ada 80 peratus muka mirip sama, terumatanya muka tepinya.

Pada hari pertama melaporkan diri, boss mesti melayannya dengan muka yang mesra,I rasa dia akan mengetahui dugaan kelak. Lepas itu, dia dipanggil oleh lady boss untuk bermesyuarat.

Rakan sekerja Z membuat lawak mengatakan lady boss akan memberi amaran kepada setiausaha baru ini: kamu baik-baik bekerja tau, jangan mengoda husband I!

Setiausaha ini boleh bertahan berapa lama, kami hanya menanti-nantikan lah.



Tuesday, December 22, 2009

MALAYSIA RESTAURANT FOOD FESTIVAL

Hari itu, I secara tidak sengaja terbaca iklan “Malaysia Restaurant Food Festival” akan diadakan di PWTC. Tempat yang ada makanan yang sedap, I pasti tidak akan melepaskannya. Selain daripada ticket masuk adalah percuma, kami juga berpeluang untuk mencuba pelbagai jenis makanan dan minuman dengan percuma.

Kami bercadang bertolak apabila Ivan habis bekerja, tetapi malangnya hujan turun dengan lebat.

Lebih kurang pukul 6 petang, kami baru bertolak dari rumah. Dengan tiada “ong”, kami salah jalan dan membazirkan masa dengan banyak. Apabila sampai PWTC telah pun pukul 7petang.

Perkara yang malang berlaku lagi ke atas kami, rupa-rupanya food festival ini hanya berlangsung sampai pukul 8 malam sahaja, maka kami Cuma tinggal 1 jam sahaja.



Nasib baik masih ada ramai orang di dalam. Masa kami tidak tinggal banyak, maka kami hanya bergerak dengan cepat. Kami dapat mencuba beberapa jenis sample makanan bersama gambar-gambar makanan.













Terdapat gerai makan yang menjual pelbagai makanan, tetapi tinggal beberapa gerai yang belum habis dijual sahaja.


Sour plum chicken dan special tofu (RM5)


Fried oyster (RM10), oysternya sebesar 20 sen.


Tempat yang special bagi orang ramai makan di sini


I hanya boleh berkata dengan menyesal: I pasti akan datang awal pada bulan December tahun depan.

GRANMA'S HOUSE WARMING


Hari I menanti-nantikan telah pun sampai. Kenapa? Sebab ada buffet party yang boleh I makan sesuka hati.

Nenek telah menjemput ramai saudara mara dan kawan-kawan, maka ia boleh dikatakan “full house”.


Di samping itu, sesi karaoke juga diadakan di dalam party ini. Maka semua orang boleh makan-makan sambil menyanyi-nyanyi.

Sebelum party ini dimulakan, hujan turun dengan lebat. Dengan serta-mertanya, nenek sembahyang untuk mendoakan supaya hujan boleh berhenti, untuk mengelakkan orang ramai menyatakan “ orang kedekut menjemput makan”. Mungkin tuhan terdengar dan menyeru, lebih kurang pukul 7 malam, hujan pun berhenti dan party boleh dijalankan dengan lancar.

Tanggungjawab I selain daripada makan, masih makan, wakaka…

Di bawah menunjukkan segala makanan yang enak pada hari tersebut dan dikemukakan di sini.






















Terdapat seorang tetamu kecil iaitu anak saudara Ivan (Ming Huey). Mata besarnya, sangat comel.