Friday, December 11, 2009

KEBAHAGIAN DARIPADA ADIK BONGSU

Minggu lepas I balik kampung, adik bongsu I mengadu bahawa kebelakangan ini tidak lagi menulis pasal dia. Maka hari ini I ingin mengambil kesempatan ini untuk menulis perkara yang berlaku di antara dia dengan I seketika ini.

Adik lelaki yang “panjang” ini merupakan anak bongsu di dalam keluarga. Kakak dan abang sibuk bekerja dan belajar, maka selalunya tinggalkan dia seorang anak di dalam rumah. Kadang-kala dia akan berasa sunyi dan terpaka teman dengan computer dan PS games.

I akan balik kampung pada hari Sabtu untuk menikmati kasih sayang keluarga.

Hari itu, I tengah menutup pintu bilik dan bersedia untuk tidur.

Tiba-tiba adik bongsu menjerit dengan mengatakan: “Kak, jangan tutup pintu.”

I tanya:“kenapa?”

Dia menjawab:“ saya nak tengok kamu tidur.”

Adik bongsu cakap diluahkan daripada ikhlas hati, I yang mendengar dengan besar hati, kamu yang sedang membaca akan berasa geli hati.

Ha…Ha…Ha…


No comments:

Post a Comment