Tuesday, December 22, 2009

MALAYSIA RESTAURANT FOOD FESTIVAL

Hari itu, I secara tidak sengaja terbaca iklan “Malaysia Restaurant Food Festival” akan diadakan di PWTC. Tempat yang ada makanan yang sedap, I pasti tidak akan melepaskannya. Selain daripada ticket masuk adalah percuma, kami juga berpeluang untuk mencuba pelbagai jenis makanan dan minuman dengan percuma.

Kami bercadang bertolak apabila Ivan habis bekerja, tetapi malangnya hujan turun dengan lebat.

Lebih kurang pukul 6 petang, kami baru bertolak dari rumah. Dengan tiada “ong”, kami salah jalan dan membazirkan masa dengan banyak. Apabila sampai PWTC telah pun pukul 7petang.

Perkara yang malang berlaku lagi ke atas kami, rupa-rupanya food festival ini hanya berlangsung sampai pukul 8 malam sahaja, maka kami Cuma tinggal 1 jam sahaja.



Nasib baik masih ada ramai orang di dalam. Masa kami tidak tinggal banyak, maka kami hanya bergerak dengan cepat. Kami dapat mencuba beberapa jenis sample makanan bersama gambar-gambar makanan.













Terdapat gerai makan yang menjual pelbagai makanan, tetapi tinggal beberapa gerai yang belum habis dijual sahaja.


Sour plum chicken dan special tofu (RM5)


Fried oyster (RM10), oysternya sebesar 20 sen.


Tempat yang special bagi orang ramai makan di sini


I hanya boleh berkata dengan menyesal: I pasti akan datang awal pada bulan December tahun depan.

No comments:

Post a Comment