Monday, December 14, 2009

MASAK-MASAK ~ ONDEH-ONDEH

Hari ini rasa agak boring, semasa mengemaskan barang, ternampak baki tepung pulut, tiba-tiba I terasa ingin membuat ondeh-ondeh yang tanpa daun pandan dan kelapa parut.

Ramuan-ramuan sangat ringkas, hanya memerlukan tepung pulut dan gula melaka yang dipotong dalam bentuk biji yang kecil.




Pada mulanya, campurkan tepung pulut, air panas dan air sejuk yang secukup ke dalam satu berkas, mengaulnya sehingga menjadi adunan tepung.




Seterusnya membahagikan adunan tepung ini kepada bentuk bulatan yang kecil, bentuk kebesaran mengikut kesukaan sendiri.



Isikan gula melaka ke dalam aduan tepung yang kecil ini, jangan terlalu tamak dengan meletak banyak gula melaka untuk mengelakkan kebocoran.

Memasakan ondeh-ondeh ini denga air panas. Apabila ondeh-ondeh menimbul ke atas permukaan air, ini menunjukkan ondeh-ondeh telah masak.

Jika kamu ingin ondeh-ondeh ini lebih kenyal semasa dimakan, boleh memasukkan ondeh-ondeh dengan air sejuk, selepas itu memasukkan semula ke dalam air panas.

Yeah, ini adalah ondeh-ondeh yang semacam fish ball, haha!

Lay Hua, kali ini ondeh-ondeh meletup dengan gula melaka yang banyak!!

No comments:

Post a Comment