Thursday, December 3, 2009

YONG PENG & MELAKA MAKAN TRIP PART I

Cuti sekolah akhir tahun sudah pun bermula, adik I yang belajar di Maktab Batu Pahat juga menyambut cuti yang panjang ini. Di samping kami menjemputnya balik kampung, kami juga singgah di Yong Peng dan Melaka untuk melaksanakan MAKAN TRIP. Kami bertolak dari PJ pada jam 6 pagi. Setelah kami menjemput adik, kami terus menuju tempat sasaran pertama kami iaitu Yong Peng. Kebanyakkan orang Yong Peng beasaskan orang Fu Zhou. I sebagai seorang kaum Fu Zhou sangat teringin melihat dan berjalan-jalan ke tempat ini. Perjalanan dari BP ke YP memerlukan masa selama 30 minit.

Ini merupakan tempat tujuan pertama kami – Kedai Makan Yuan Yean


Sebagai sebuah kedai yang bersejarah, kedai ini berumur 20 tahun iaitu ia dimulakan pada tahun 1988.


Kami telah order 1 mee bebola ikan yang besar dan 1 lagi yang kecil. Perbezaan antara yang besar dan kecil ialah jumlah bebola ikan yang dihidangkan iaitu 10 biji untuk yang besar dan 5 biji untuk yang kecil.

Bebola ikan ini memang berbeza dari yang biasa. Ia sangat sedap dan berasa Q. kemungkinan besar sebabnya ia diperbuat dari isi ikan yang segar dan ia diperbuat secara tradisional.

Kami juga ada order Fish Cake, tetapi ia sudah habis dijual walaupun pada masa itu cuma pukul 9.30 pagi. Kami boleh dikatakan memang tidak bernasib baik untuk merasanya.



Taste Ratings: 3 bintang
Environment Ratings: 3 bintang
Pricing Ratings: 2 bintang

Selepas kami menikmati sarapan yang enak tadi, kami telah pergi membeli Sponge Kek di sebuah kedai yang berhampiran. Ini merupakan recommend daripada adik saya. Sponge kek yang dijual disini juga boleh dicuba. Ia mempunyai empat jenis perasa iaitu perasa original, perisa pandan, perisa coffee dan perisa chocolate. Kami telah membeli perisa original kerana ia lebih sedap dimakan dan sangat lembut. Satu kotak cuma perlukan RM6. Pada mulanya, I ingin belanja rakan sekerja I makan, tetapi pekerja kedai itu memberitahu bahawa kami mesti menghabiskannya dalam masa 3 hari, sebab itu kami cuma beli 1 kotak sahaja.



Selepas itu, kami telah mengunjungi sebuah kedai serberneka yang bernama “Yoyo”. Kedai ini agak besar, terdapat banyak bas persiaran yang mengunjungi kedai ini. I perasan memang tiada kedai serberneka yang menyediakan tandas, malah ia sangat bersih. Papan tanda tandas lelaki dan perempuan juga mempunyai pantun yang baik, ini memang patut dipuji.




“Mari, mari, mari, sini ada buah naga organik, ada jambu batu organik, mari, mari, mari”inilah yang kami dengar dari speaker kedai sebelah. Kami tidak ketinggallan dan terus mengunjunginya.

Buah-buahan ini adalah disediakan untuk percubaan makan, sangat rangup dan manis.


Ini adalah buah naga yang berharga RM7 sekilo, besarnya.


Ini pula adalah buah naga kecil yang berharga 50 sen sebiji.


Buah jambu batu pula berharga RM6 sekilo, harga agak mahal sikit, sebabnya ia adalah organik. Kami telah membeli buah naga, jambu batu dan buah yang sangat terkenal pada masa kini iaitu passion fruit.


Kedai membuat kuih muih Eng Hin adalah tempat kunjungan terakhir semasa kami berada di Yong Peng. Kedai ini terdiri daripada dua buah kedai, di antara satu kedai digunakan sebagai kilang membuat kuih muih, kedai yang lagi satu digunakan sebagai kedai menjual kuih muih. Biskut Fu Zhou yang dijual di sini tidak sama dengan biskut Fu Zhou yang dijual di Setiawan. Kedai ini menggunakan mesin untuk membuat kuih muih, kedai di Setiawan pula menggunakan cara tradisional tanpa menggunakan mesin.


Kedai ini terkenal dengan menjual biskut Fu Zhou, mee Fu Zhou dan mee sua Fu Zhou.



Ini adalah biskut Fu Zhou yang perisa masin dengan bijan.


Ini pula adalah biskut Fu Zhou yang perisa manis dengan bijirin (sangat sedap, Kepujian)


Secara keseluruhannya, I berasa orang-orang di tempat ini sangat friendly dan ramah mesra, makanan yang dijual di sini juga sedap. I bercadang akan mengunjungi tempat ini lagi, sebab I belum cuba semua jenis makanan di sini, ha ha ha!

No comments:

Post a Comment