Semalam kami sampai Mid Valley lebih kurang 8 malam, sebab sebelum itu Ivan ada meeting.
Kami menikmati dinner kami di Killiney Kopitiam yang berasal dari Singapura. Giant di KD juga ada cawangan kopitiam ini, makanannya sedap.
Killiney cold coffee
Killiney chicken rendang
Bila sampai GSC, terdapat DJ daripada MY FM sedang merasmikan upacara tayangan wayang ini.
Tempat duduk kami sangat strategik, kebetulan di tengah screen. Tetapi tempat duduknya agak sempit, maka kaki tidak boleh menegak, letihnya.
Sebelum wayang ini ditayangkan, DJ MY FM datang ke barisan tempat duduk kami dan menyatakan tempat duduk mereka juga di sini, tetapi barisan kami telah duduk penuh.
Salah seorang daripada kami menanya tempat duduk mereka di hall berapa. Rupa-rupanya mereka salah masuk hall dua.
Tetapi antara seorang DJ tidak mengaku salah dan menyatakan mereka sengaja datang ke hall ini untuk berjumpa dengan kami, muka tebalnya.
Movie ini best tak? I rasa boleh tahan, sekurang-kurangnya I tidak tertidur. (I ada banyak rekod tertidur semasa menonton wayang di panggung wayang)
Ia merupakan action movie yang tidak banyak bercakap. Dari segi pakaian agak saintifik dan action banyak menggunakan teknologi computer. Aaron masih sangat handsome, peranan watak yang diambil sangat cool.
Ivan berasa episod I lebih menarik berbanding dengan epison II. Tambahan pula, tidak ada ending, maka mesti ada episod seterusnya.
Ingin mengetahui ceritanya dengan mendalam, sila pergi ke panggung wayang atau membeli DVD untuk menikmati wayang ini.
No comments:
Post a Comment