Sunday, November 1, 2009

RUMAH BARU NENEK

Datuk dan nenek telah mempunyai rumah baru sendiri. Sebelum itu, jarak perjalanan antara rumah nenek dengan rumah I lebih kurang satu batu atau 5 minit. Semenjak mereka berpindah, I pergi rumah nenek memerlukan masa lebih kurang dua puluh minit.

Pak long berpendapat bahawa datuk dan nenek telah berusia lanjut, mereka bersusah payah membesarkan lapan orang adik-beradik. Sekarang kesemua anak-anaknya masing-masing berumah tangga dan mempunyai kerjaya sendiri, maka sampailah masa untuk menikmati kehidupan. Pak long telah membeli sebuah rumah teres dua tingkat dan memujuk mereka berpindah keluar dari rumah kampung ini.

Mereka berada di kampung ini mengalami peringkat membesar, berkahwin dan beranak, lebih kurang masa separuh hidup mereka. Menurut kepada nenek, mereka telah tinggal di sini selama lima puluh tujuh tahun. Di samping itu, mereka mengalami segala perasaan hidup-masam, manis, pahit, pedas. Di kampong ini, tiada sesiapa tidak kenal “abang lembu” dan “makcik lembu”.

I berasa mereka berat hati untuk berpindah keluar daripada “sarang”ini. Tetapi kebanyakan jiran-jirannya telah berpindah ke bandar. Tambahan pula, tanah yang ditinggal oleh mereka adalah kepunyaan seorang pemilik tanah berbangsa melayu. Demi untuk mempunyai sebuah rumah betul-betul dipunyai oleh sendiri, mereka terpaksa mengangguk berpindah ke rumah baru.

I memesan dan memberitahu nenek bahawa kawasan bandar tidak sama dengan kawasan kampung, pintu rumah tidak boleh dibuka sesama di kampung sebab masyarakat sekarang telah tidak selamat. Lagi pun, mereka hanya mempunyai lima orang sahaja tinggal di rumah ini – datuk, nenek, makcik lang dan dua orang sepupu.

Semoga mereke hidup gembira di rumah yang baru ini.

Rumah kampung



Rumah baru



No comments:

Post a Comment