Boss itu sangat peramah dan menanya kami sama ada datang untuk melancong serta memperkenalkan tempat-tempat pelancongan tempatan yang mesti dikunjungi. Dia juga menawarkan kami beli biskut kelapa yang dibuat dari Sg. Lembing, tempat yang sangat terkenal dengan pemandangan matahari menerbit.
Pada mulanya, kami pernah merancang melancong ke Sg.Lembing. I ada membuat research mengenai Sg.Lembing, terutamanya pemandangan matahari menerbit Gunung Panorama sangat miracle dan menarik. Tetapi yang membuat I pening kepala adalah kami perlu sampai ke Gunung Panorama pada pukul empat atau lima pagi. Keputusan muktamad kami adalah “sambung tidur” lebih penting, maka kami membatalkan perancangan ini. Tambahan pula, hanya kami berdua sahaja yang pergi ke gunung itu, ini kelihatan sangat bahaya.
Daripda peringatan boss tersebut dan memandangkan hari masih awal, I tanya pendapat driver dan dia menunjukkan bahasa isyarat “OK”. Yes, Sg.Lembing, we are coming!
Keropok-keropok yang dibeli daripada kedai ini.
Disebabkan kami tidak pernah pergi tempat ini, kami hanya bergantung kepada signboard-signbord di tepi jalan. Kami memang tidak ada “ong”semasa melalui Pekan Panching, sebab hujan lebat.
Lebih kurang satu jam, kami telah sampai ke tempat tujuan. Kampung ini tidak besar sangat, I memerhatikan bahawa penduduk kampung melayu tinggal di luar, manakala kebanyakan penduduk cina tinggal di dalam. Disebabkan hujan, kebanyakan kedai telah tutup. Nasib kami agak baik sebab kmai menjumpai kedai menjual biskut kelapa itu lalu kami membeli dua bungkus biskut kelapa.
Kami sengaja berpusing-pusing di kampung Sg.Lembing. Dengan kebetulannya, kami jumpa entrance di kaki Gunung Panorama (Gambar 1). Memandangkan hujan telah berhenti, kami pun merancang mendaki Gunung Panorama. Aduhai, setiap rangkap tangga sangat tinggi dan serong, I baru menaik beberapa rangkap tangga sahaja dan pernafasan telah bercunggap-cunggap . Ivan tanya I, berapa lama diperlukan untuk sampai ke Gunung Panorama. Kalau tak silap I, kami memerlukan sekurang-kurangnya 45 minit hingga 1 jam dan bergantung pada kelajuannya. @-@, Ivan sudah nak pengsan bila mendengar jawapan I. I memandang ke atas, tangga yang kelihatan tiada penghujung. (Gambar 2). Kami pun serah kalah dan menaikkan kain putih. Semasa menurun tangga, I telah mengambil gambar dengan pemandangan yang cantik (Gambar 4)
Satu-satu perkara yang menyesal adalah I lupa charging bateri kamera, ini telah merugikan banyak peluang untuk mengambil gambar pemandangan yang cantik. I hanya boleh meneruskan impian ini pada kali yang lain. Gambar 5 menunjukkan jalan semasa kami menurun ke kaki gunung.
I telah merancang bahawa I akan naik ke Gunung Panorama untuk melihat matahari menerbit. Ada sesiapa teman I pergi secara sukarela? Zita, Rachel, Lay Hua, are you ready?
No comments:
Post a Comment