Saturday, November 28, 2009

CHERATING TRIP ~ RESTORAN TONG JUAN


Selepas berjalan-jalan di Pantai Kemasik, kami merancang makan malam di Restoran Tong Juan, restoran yang terkenal di Kemaman.


“Orang lain membuat yong tau foo, kami membuat ketam sumbat (stuffed crab)”, dikatakan oleh pekedai restoran ini semasa ditemuramah oleh wartawan yang ditunjukkan di dalam keratan surat khabar. Segala keratan khabar yang mengenai laporan kedai mereka telah dibingkaikan dan dipamer di atas dinding. Kemaman mempunyai empat kedai yang menjual stuffed crab, tetapi restoran ini merupakan kedai yang pertama menjual makanan ini.



Cara untuk menyediakan stuffed crab bukan senang, mula-mula mengeluarkan isi ketam dan campurkan dengan ramuan tumis, masukkan semula ke dalam cengkerang ketam, menambahkan lapisan tepung campuran di luar cengkerang ketam supaya isinya tidak jatuh, lepas itu goreng ketam sumbat ini, prosesnya amat sulit dan memakan masa.

Selepas pekedai memperkenalkan makanan kedainya, kami pun membuat order – dua stuffed crab, garlic tiger prawn, sambal sotong dan choy tam.




Rasa stuffed crab sedap dan luar biasa daripada crab yang kami biasa makan. Di dalam cengkerang hanya ada isi ketam sahaja, kami hanya perlu menggunakan sudu untuk memakan isi ketam sahaja.



Tiger prawan sangat fresh dan garing.

Sambal sotong dan choy tam pula kurang rasa sikit, sebabnya terlalu banyak minyak.

Ini adalah bil makanan kami.

Taste Ratings: 3 bintang
Environment Ratings: 2 bintang
Pricing Ratings: 2 bintang


Alamat:K117, Jalan Sulaiman, 24000 Kemaman.

No comments:

Post a Comment