Monday, November 23, 2009

KUANTAN TRIP ~ TELUK CEMPEDAK

Selepas bermalam di Gambang Resort, kami pun bertolak ke Teluk Cempedak. I mendapat maklumat “jalan-jalan cari makan” daripada internet yang mengatakan bahawa Teluk Cempedak mempunyai sebuah restoran menjual mee kari yang terkenal. Maka ia menjadikan tempat tujuan pertama di dalam trip kami.

Kami sangat suka menggembara suatu tempat yang tidak pernah dikunjungi, menikmati perasaan dalam proses mencari haluan. Terutamanya apabila kami berjaya mencari tempat tujuan, perasaan keseronokkan in tidak dapat saya ulaskan.

Kami memandu dengan mengikut papan tanda, tidak sampai setengah jam, kami pun sampai ke Teluk Cempedak.

Inilah dia ~ Restoran Hoi Yin. Ia terletak di shoplot sebelah kiri sebelum sampai di tepi pantai.


Restoran ini adalah halal, terdapat ramai pelanggan-pelanggan terdiri daripda pelbagai kaum menikmati makan tengahari di sini. Bosnya adalah orang cina dan kebanyakan pekerja dan chefnya adalah berbangsa melayu. Bisnesnya sangat bagus, kemungkinan besarnya ialah ia berdekatan dengan pantai, tambahan pula hari ini adalah hari minggu.

Inilah laksa yang kami menanti-nantikan. Ramuannya adalah kerang, fuzhok goring, bebola ikan, daging ayam dan tauhu goreng. Rasanya lebih tradisional, kuah sup pekat, lebih sesuai kepada kanak-kanak, sebab tidak berapa pedas.


Selepas habis dimakan, kami pun merayau-rayau di tepi pantai.



Tidak sangka Mc Donald ada di sini juga.



Taste Ratings: 3 bintang
Environment Ratings: 2 bintang
Pricing Ratings: 5 bintang

Alamat: No.31, Jalan Teluk Cempedak, 25050 Kuantan.

Tel: 09-5673871 (7.00am-2.30pm)

No comments:

Post a Comment