Wednesday, November 4, 2009

THANK YOU, MY FRIEND!

Terdapat banyak lagu yang mempesonakan persahabatan. I menggunakan perkataan untuk merumuskan perhubungan persahabatan.

Kawan memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan kita. Dalam seumur hidup ini, kamu mempunyai berapa orang kawan karib? I pasti bilangan tersebut tidak melebihi bilangan jari kamu.

I ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu kamu semua bahawa I mempunyai seorang kawan yang berkenalan selama 9 tahun, kami tidak keep in touch untuk beberapa tahun. Dia berasal dari Kelantan. Mungkin jodoh kami belum sampai, walaupun tempat tinggalnya tidak jauh daripada rumah I, tetapi selama ini kami tidak pernah berselisih di kawasan ini. Tuhan bertimbang rasa kepada kami, dengan suatu peluang yang diluar jangkaan, kami telah berjumpa dan berhubung antara satu sama lain baru-baru ini.

Dia tidak banyak berubah dari segi fizikalnya, tetapi statusnya telah dinaikkan pangkat menjadi isteri orang lain. Pada zaman sekarang, untuk mencari seorang teman seumur hidup bukan sesuatu perkara yang senang. Semoga pasangan pengantin baru ini boleh hidup dalam keadaan yang bahagia dan harmoni.

Satu-satunya perkara yang I ingin mengumumkan mengenai kawan ini adalah dia merupakan seorang yang baik hati dan sedia membantu. Hari itu, I mengatakan bahawa I memerlukan kereta, dia terus setuju meminjamkan keretanya kepada I. Siapakah yang bersedia meminjamkan kereta kepada orang lain? Ada, dia orangnya. Tambahan pula, I bukan sahaja meminjam kereta ini untuk kegunaan satu atau dua hari.

Bukan setakat itu sahaja. Pada minggu yang lepas, I memberitahunya bahawa I tidak ada baju yang sesuai untuk menghadiri company annual dinner. Dengan tidak banyak berfikir, dengan serta-merta dia meminjamkan gaunnya yang baru dibeli dan tidak pernah dipakai itu kepada I. Gambar di atas adalah gaun yang dia pinjamkan bagi I.


Terima kasih, Ching Yi!



No comments:

Post a Comment