Thursday, October 29, 2009

“KELEBIHAN”ADIK BONGSU

Kamu semua akan berasa pelik, apakah “kelebihan”nya yang perlu I tunjukkan dalam blog ini.

Mula-mula, sila perhatikan gambar di bawah ini. Budak yang pakai kemeja-t berwarna coklat adalah adik bongsu I. Mata kecil adalah tanda ahli keluarga I ^_^

Purata ketinggian ahli keluarga I lebih kurang 5 kali 4 inci sahaja. Tetapi adik bongsu I adalah orang “panjang”.



Sebenarnya gambar ini menunjukkan ketinggian sebenar adik bongsu I. Dia baru sahaja berumur lima belas tahun, tetapi ketinggian telah mencecah 6 kaki, iaitu lebih kurang 183cm. Gambar yang pertama itu sebenarnya adik bongsu I berdiri di tangga bawah dan menimbulkan illusi tersebut.

Semasa dia dilahirkan, segala tanda-tanda (kaki dan tangan yang panjang) memang ternyata dia adalah “orang panjang”. Semenjak dia memasuki sekolah menengah, ketinggiannya meningkat berterusan secara linear. Hari itu, I memandang bayangan belakangnya; dia seperti seorang dewasa. Apabila dia memusingkan badannya, aduhai, mukanya sebiji dengan bayi yang masih menyusu dan berganding dengan baby face.

Bapak I menyatakan bahawa jikalau dia masih terus memanjang, kepalanya akan menghantuk rangka pintu; katil tidak dapat memuatkan kakinya. Mungkin ini adalah masalah “orang panjang”. Kebanyakan orang berkata bahawa ketinggiannya ini akan berjodoh dengan gadis yang berbadan kecil.

Rachel mengejek I bahawa ketinggian I tidak dapat setanding dengan adik bongsu. What can I do. I telah melepasi peringkat pertumbuhan. Ketika ini, I hanya boleh berbuat demikian sahaja~~~~LOMPAT KATAK



I berharap I akan tinggi lagi 3cm dengan exercise di atas ini, haha!!

Notis tambahan: Hari ini adalah hari jadi adik, I mengambil kesempatan ini mengucapakan HAPPY BIRTHDAY kepadanya dan semogo dia mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan PMR yang baru sahaja berakhir.

No comments:

Post a Comment