Monday, November 30, 2009

CHERATING TRIP ~ KEMAMAN STATION KOPITIAM




Hari yang kedua, kami menikmati brunch kami di Kemaman Station Kopitiam. I perasan kedai makanan di Kemaman semuanya berkumpul di Bandar, maka tidak susah untuk mencari.




Keadaan kopitiam ini sangat selesa, rekabentuknya lebih kurang dengan Oldtown White Coffee, terdapat pelbagi jenis makanan dijual di sini.





Kami telah order satu cawan kopi ais dan kopi panas, hainanese chicken chop dan mee hun siam. I bukan hantu kopi, tetapi I telah ketagih ke atas kopi kemaman. I sangat ada allergy terhadap kopi, setiap kali selepas minum kopi, denyutan jantung akan bertambah pantas dan ada rasa muntah mundir, orang lain mengatakan ini adalah angina. I telah menikmati dua cawan kopi di kemaman tetapi tiada berlaku keadaan sedemikian, ini lah sebab I suka kopi kemaman.



Kopi favorite kami






Mee hun siam yang sedap berserta dengan sambalnya






Hainanese chicken chop yang garing






Harga yang berpatutan




Taste Ratings: 3 bintang
Environment Ratings: 3 bintang
Pricing Ratings: 3 bintang

Saturday, November 28, 2009

CHERATING TRIP ~ RESTORAN TONG JUAN


Selepas berjalan-jalan di Pantai Kemasik, kami merancang makan malam di Restoran Tong Juan, restoran yang terkenal di Kemaman.


“Orang lain membuat yong tau foo, kami membuat ketam sumbat (stuffed crab)”, dikatakan oleh pekedai restoran ini semasa ditemuramah oleh wartawan yang ditunjukkan di dalam keratan surat khabar. Segala keratan khabar yang mengenai laporan kedai mereka telah dibingkaikan dan dipamer di atas dinding. Kemaman mempunyai empat kedai yang menjual stuffed crab, tetapi restoran ini merupakan kedai yang pertama menjual makanan ini.



Cara untuk menyediakan stuffed crab bukan senang, mula-mula mengeluarkan isi ketam dan campurkan dengan ramuan tumis, masukkan semula ke dalam cengkerang ketam, menambahkan lapisan tepung campuran di luar cengkerang ketam supaya isinya tidak jatuh, lepas itu goreng ketam sumbat ini, prosesnya amat sulit dan memakan masa.

Selepas pekedai memperkenalkan makanan kedainya, kami pun membuat order – dua stuffed crab, garlic tiger prawn, sambal sotong dan choy tam.




Rasa stuffed crab sedap dan luar biasa daripada crab yang kami biasa makan. Di dalam cengkerang hanya ada isi ketam sahaja, kami hanya perlu menggunakan sudu untuk memakan isi ketam sahaja.



Tiger prawan sangat fresh dan garing.

Sambal sotong dan choy tam pula kurang rasa sikit, sebabnya terlalu banyak minyak.

Ini adalah bil makanan kami.

Taste Ratings: 3 bintang
Environment Ratings: 2 bintang
Pricing Ratings: 2 bintang


Alamat:K117, Jalan Sulaiman, 24000 Kemaman.

Wednesday, November 25, 2009

CHERATING TRIP ~ HAI PENG KOPITIAM

Kedai Kopi Hai Peng adalah tempat yang wajib pergi apabila berada di Kemamam. Ia terletak di Jalan Sulaiman, berhadapan dengan Public Bank.

I perasan bahawa kebanyakan kedai makan yang dibuka oleh orang cina adalah ditanggung halal. Kemungkinan besar kuantiti orang cina di Terengganu merupakan bangsa yang kurang, maka mereka perlu menjual makanan yang sesuai untuk semua kaum.

I perlu memberitahu suatu perkara, apabila kereta kami melalui kedai ini, kami dapat menghidu bau keharuman kopi, syoknya.

Wahai, ada banyak pelanggan di sini, kedai ini hanya berniaga sehingga 5.30pm sahaja. Sekarang sudah pukul 5 petang, ramai lagi termasuk kami, masih sempat datang untuk minum tengahari di sini.


Kedai kopi ini terdapat banyak barang antik yang menambahkan perasaan sejarah kepada para pelanggan.



Ini adalah kopi ais I.



Ini adalah kopi panas Ivan.



Taste Ratings: 3 bintang
Environment Ratings: 3 bintang
Pricing Ratings: 3 bintang

Alamat:3753, Jalan Sulaimani, 24000 Kemaman.

Tel:09-8597810 (8.30am-5.30pm)


Monday, November 23, 2009

KUANTAN TRIP ~ TELUK CEMPEDAK

Selepas bermalam di Gambang Resort, kami pun bertolak ke Teluk Cempedak. I mendapat maklumat “jalan-jalan cari makan” daripada internet yang mengatakan bahawa Teluk Cempedak mempunyai sebuah restoran menjual mee kari yang terkenal. Maka ia menjadikan tempat tujuan pertama di dalam trip kami.

Kami sangat suka menggembara suatu tempat yang tidak pernah dikunjungi, menikmati perasaan dalam proses mencari haluan. Terutamanya apabila kami berjaya mencari tempat tujuan, perasaan keseronokkan in tidak dapat saya ulaskan.

Kami memandu dengan mengikut papan tanda, tidak sampai setengah jam, kami pun sampai ke Teluk Cempedak.

Inilah dia ~ Restoran Hoi Yin. Ia terletak di shoplot sebelah kiri sebelum sampai di tepi pantai.


Restoran ini adalah halal, terdapat ramai pelanggan-pelanggan terdiri daripda pelbagai kaum menikmati makan tengahari di sini. Bosnya adalah orang cina dan kebanyakan pekerja dan chefnya adalah berbangsa melayu. Bisnesnya sangat bagus, kemungkinan besarnya ialah ia berdekatan dengan pantai, tambahan pula hari ini adalah hari minggu.

Inilah laksa yang kami menanti-nantikan. Ramuannya adalah kerang, fuzhok goring, bebola ikan, daging ayam dan tauhu goreng. Rasanya lebih tradisional, kuah sup pekat, lebih sesuai kepada kanak-kanak, sebab tidak berapa pedas.


Selepas habis dimakan, kami pun merayau-rayau di tepi pantai.



Tidak sangka Mc Donald ada di sini juga.



Taste Ratings: 3 bintang
Environment Ratings: 2 bintang
Pricing Ratings: 5 bintang

Alamat: No.31, Jalan Teluk Cempedak, 25050 Kuantan.

Tel: 09-5673871 (7.00am-2.30pm)

Friday, November 20, 2009

LAWAK-LAWAK

Terdapat seorang melayu yang bercita-cita untuk mempunyai tiga orang isteri, apa sebabnya?

Jawapan: sebab isteri pertama dipanggil IS ONE, isteri kedua dipanggil IS TWO, isteri ketiga dipanggil IS THREE (ISTERI)

Wednesday, November 18, 2009

KEDAI TIM PUN GOR GOR

Suatu malam, kami merayau-rayau di pasar malam. Secara tidak sengaja, I ternampak seorang budak tengah membaca majalah, perkataan [Kedai Tim Pun Gor Gor) telah muncul di depan mata I. Tiba-tiba I berminat pergi kedai yang menjual manisan Hong Kong ini. Dengan serta- mertanya, I online mencari maklumat tentang kedai ini, rupa-rupanya kedai ini telah membuka branch baru di SS2.

Pada keesokan harinya, kami tidak bersabar-sabar pergi kedai ini. Rekabentuk dan perhiasan kedai ini memberi gambaran yang mesra dan selesa kepada para pelanggan. Terdapat banyak pilihan manisan di kedai ini dan membuat I tidak tahu memilih jenis manisan apa.

Akhirnya, I order white fungus with eggs, Ivan pula order double custard milk dan mango pancake.




I amat menyesal order mango pancake ini, rupanya boleh tahan, apabila I membahagikannya, isinya penuh dengan whipped cream dengan seketul mango kecil sahaja. I berasa serba salah apabila memakan mango pancake ini sebab akan menggemukkan. Kami hanya makan sebiji mango pancake sahaja. Rasa white fungus masih ok tetapi I tidak boleh terima rasa double custard milk sebab rasa milk powder sangat kuat.

Taste Ratings: 1 bintang

Environment Ratings:4 bintang

Pricing Ratings: 2 bintang

Alamat:36, Ground Floor, Jalan SS2/63, 47000 Petaling Jaya.

Monday, November 16, 2009

BISKUT SIN LOKE KEE


Biskut Sin Loke Kee berasal daripada Ipoh. I pernah makan biskut ini dan pada masa itu dalam pack yang besar.

Sekarang pembuat telah mengeluarkan convenient pack yang kecil. Ia kelihatan lebih mudah dan jika dibuka pun boleh habis dimakan. Yang pentingnya, biskut ini adalah ditandakan HALAL. Maka bangsa melayu pun boleh memakan biskut yang sedap ini.

Notis: Terima kasih kepada Frankie yang memberi biskut ini.

Friday, November 13, 2009

TAK CAKAP TAK SYOK

Walaupun kita bekerja dimana jua, kami perlu mempunyai kuasa sedia mempertahankan diri. Jika tidak, kami akan menjadi sasaran untuk dibuli.

Mempertahankan diri bermakna mempunyai pendirian yang tegas, tidak campur tangan atau terlibat dalam lingkungan tugas yang tidak berkaitan dengan skop kerja, sebab tiada orang yang akan memberikan bantuan pada penghujungnya.

Terutamanya orang yang kelihatan lemah lembut, kami mesti lebih mengambil perhatian, sebab mereka merupakan serigala yang memakai kulit kambing. Bagi bunyi yang berkata: Jangan sangka air tenang tiada buaya.

I berasa sangat pelik kenapa ada orang sebegini boleh begitu melampau dan bermuka tembok.

Kadang kala I berfikir hendak membalas dendam dan menjatuhkan air muka mereka, tetapi setiap kali cuma mendengar bunyi tanggga dan tiada nampak orang yang wujud. Segala suruhan juga disiapkan dalam masa yang ditetapkan, mungkin I Ini merupakan orang yang baik hati.

I mempercayai bahawa bagi sesiapa yang pernah menyakitkan hati I secara langsung atau tidak langsung akan menerima balasan yang sepatutnya. Seperti pepatah: orang baik akan menerima pahala, manakala orang yang jahat akan menerima padah, kalau balasan belum diterima, ini ada disebabkan masa belum sampainya.

Thursday, November 12, 2009

OLD TOWN WHITE COFFEE

CITIBANK mengadakan promotion credit card di company I. Rachel telah memohon dua keping credit cards. Dia dapat free gift – sekaki payung dan dua keping free baucer old town white coffee. Baucer tersebut ada dihadkan kepada sepuluh cawangan untuk membuat tebusan. Maka dia telah memberi I dua keping baucer sebab rumah I berdekatan dengan PJ Old Town.



Pada hari Sabtu yang lalu, kami menikmati hi-tea di Old Town White Coffee. Kebanyakan pelanggan adalah terdiri daripada orang cina. Tiada pelayan serve kami walaupun kami telah duduk di meja selama sepuluh minit, service boleh dikategorikan tidak memuaskan.




Baucer itu boleh ditebus dengan free coffee, tetapi mereka menghantar kami secawan coffee dan secawan teh. Biarlah, barang yang percuma jangan banyak permintaan. Kami tidak suruh membayar, tetapi peliknya mereka menghantar bil kepada kami. Lepas itu, kami perasan pelayan-pelayan akan serve pelanggan-pelanggan yang baru datang, melampau betul.

Peringatan: nasi lemak hari itu sangat sedap sampai lupa ambil gambar. Terima kasih kepada baucer Rachel.

Wednesday, November 11, 2009

KUANTAN TRIP ~ SG LEMBING

Pada bulan yang lepas, semasa dalam perjalanan balik ke Petaling Jaya dari Cherating kami bersinggah di kedai menjual makanan serbaneka tempatan.

Boss itu sangat peramah dan menanya kami sama ada datang untuk melancong serta memperkenalkan tempat-tempat pelancongan tempatan yang mesti dikunjungi. Dia juga menawarkan kami beli biskut kelapa yang dibuat dari Sg. Lembing, tempat yang sangat terkenal dengan pemandangan matahari menerbit.

Pada mulanya, kami pernah merancang melancong ke Sg.Lembing. I ada membuat research mengenai Sg.Lembing, terutamanya pemandangan matahari menerbit Gunung Panorama sangat miracle dan menarik. Tetapi yang membuat I pening kepala adalah kami perlu sampai ke Gunung Panorama pada pukul empat atau lima pagi. Keputusan muktamad kami adalah “sambung tidur” lebih penting, maka kami membatalkan perancangan ini. Tambahan pula, hanya kami berdua sahaja yang pergi ke gunung itu, ini kelihatan sangat bahaya.

Daripda peringatan boss tersebut dan memandangkan hari masih awal, I tanya pendapat driver dan dia menunjukkan bahasa isyarat “OK”. Yes, Sg.Lembing, we are coming!

Keropok-keropok yang dibeli daripada kedai ini.



Disebabkan kami tidak pernah pergi tempat ini, kami hanya bergantung kepada signboard-signbord di tepi jalan. Kami memang tidak ada “ong”semasa melalui Pekan Panching, sebab hujan lebat.

Lebih kurang satu jam, kami telah sampai ke tempat tujuan. Kampung ini tidak besar sangat, I memerhatikan bahawa penduduk kampung melayu tinggal di luar, manakala kebanyakan penduduk cina tinggal di dalam. Disebabkan hujan, kebanyakan kedai telah tutup. Nasib kami agak baik sebab kmai menjumpai kedai menjual biskut kelapa itu lalu kami membeli dua bungkus biskut kelapa.

Kami sengaja berpusing-pusing di kampung Sg.Lembing. Dengan kebetulannya, kami jumpa entrance di kaki Gunung Panorama (Gambar 1). Memandangkan hujan telah berhenti, kami pun merancang mendaki Gunung Panorama. Aduhai, setiap rangkap tangga sangat tinggi dan serong, I baru menaik beberapa rangkap tangga sahaja dan pernafasan telah bercunggap-cunggap . Ivan tanya I, berapa lama diperlukan untuk sampai ke Gunung Panorama. Kalau tak silap I, kami memerlukan sekurang-kurangnya 45 minit hingga 1 jam dan bergantung pada kelajuannya. @-@, Ivan sudah nak pengsan bila mendengar jawapan I. I memandang ke atas, tangga yang kelihatan tiada penghujung. (Gambar 2). Kami pun serah kalah dan menaikkan kain putih. Semasa menurun tangga, I telah mengambil gambar dengan pemandangan yang cantik (Gambar 4)



Satu-satu perkara yang menyesal adalah I lupa charging bateri kamera, ini telah merugikan banyak peluang untuk mengambil gambar pemandangan yang cantik. I hanya boleh meneruskan impian ini pada kali yang lain. Gambar 5 menunjukkan jalan semasa kami menurun ke kaki gunung.

I telah merancang bahawa I akan naik ke Gunung Panorama untuk melihat matahari menerbit. Ada sesiapa teman I pergi secara sukarela? Zita, Rachel, Lay Hua, are you ready?


Friday, November 6, 2009

DURIAN RUNTUH

I telah banyak kali memikir samada perlu menulis tajuk ini yang mengenai “dia”. Setelah berulang kali mempertimbangkan, I rasa mengemukakan blogs ini supaya dapat mengingatkan “dia”.

Semalam company kami mengadakan Durian Festival Party dengan meriah.



Hari ini, I dengan rakan sekerja berjanji di Mamak Padang untuk bersarapan. Semasa sampai di sana, kami berjumpa dengan “dia” yang juga bersarapan di sana. Kami saling mengannguk kepala sambil bersenyum deangan “dia”.

Selepas kami memesan makanan, kami tengah berbincang bahawa samada “dia” akan membayar sekali dengan bil kami. Tidak lama kemudian, “dia” menuju ke kaunter juru wang untuk membuat bayaran. Disebabkan kami duduk berdekati dengan kaunter juru wang, maka “dia” mesti melalui meja kami.

Salah seorang rakan sekerja I menggunakan intonasi yang bergurau suruh “dia”membayar sekali bil kami, akhirnya “dia” berbuat demikian. Ini membuktikan bahawa durian runtuh benar-benar berlaku di depan kami.

Kamu semua ingin mengetahui siapa “dia”? “Dia” adalah my boss ~ CK Loh.

Wednesday, November 4, 2009

THANK YOU, MY FRIEND!

Terdapat banyak lagu yang mempesonakan persahabatan. I menggunakan perkataan untuk merumuskan perhubungan persahabatan.

Kawan memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan kita. Dalam seumur hidup ini, kamu mempunyai berapa orang kawan karib? I pasti bilangan tersebut tidak melebihi bilangan jari kamu.

I ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu kamu semua bahawa I mempunyai seorang kawan yang berkenalan selama 9 tahun, kami tidak keep in touch untuk beberapa tahun. Dia berasal dari Kelantan. Mungkin jodoh kami belum sampai, walaupun tempat tinggalnya tidak jauh daripada rumah I, tetapi selama ini kami tidak pernah berselisih di kawasan ini. Tuhan bertimbang rasa kepada kami, dengan suatu peluang yang diluar jangkaan, kami telah berjumpa dan berhubung antara satu sama lain baru-baru ini.

Dia tidak banyak berubah dari segi fizikalnya, tetapi statusnya telah dinaikkan pangkat menjadi isteri orang lain. Pada zaman sekarang, untuk mencari seorang teman seumur hidup bukan sesuatu perkara yang senang. Semoga pasangan pengantin baru ini boleh hidup dalam keadaan yang bahagia dan harmoni.

Satu-satunya perkara yang I ingin mengumumkan mengenai kawan ini adalah dia merupakan seorang yang baik hati dan sedia membantu. Hari itu, I mengatakan bahawa I memerlukan kereta, dia terus setuju meminjamkan keretanya kepada I. Siapakah yang bersedia meminjamkan kereta kepada orang lain? Ada, dia orangnya. Tambahan pula, I bukan sahaja meminjam kereta ini untuk kegunaan satu atau dua hari.

Bukan setakat itu sahaja. Pada minggu yang lepas, I memberitahunya bahawa I tidak ada baju yang sesuai untuk menghadiri company annual dinner. Dengan tidak banyak berfikir, dengan serta-merta dia meminjamkan gaunnya yang baru dibeli dan tidak pernah dipakai itu kepada I. Gambar di atas adalah gaun yang dia pinjamkan bagi I.


Terima kasih, Ching Yi!



Sunday, November 1, 2009

RUMAH BARU NENEK

Datuk dan nenek telah mempunyai rumah baru sendiri. Sebelum itu, jarak perjalanan antara rumah nenek dengan rumah I lebih kurang satu batu atau 5 minit. Semenjak mereka berpindah, I pergi rumah nenek memerlukan masa lebih kurang dua puluh minit.

Pak long berpendapat bahawa datuk dan nenek telah berusia lanjut, mereka bersusah payah membesarkan lapan orang adik-beradik. Sekarang kesemua anak-anaknya masing-masing berumah tangga dan mempunyai kerjaya sendiri, maka sampailah masa untuk menikmati kehidupan. Pak long telah membeli sebuah rumah teres dua tingkat dan memujuk mereka berpindah keluar dari rumah kampung ini.

Mereka berada di kampung ini mengalami peringkat membesar, berkahwin dan beranak, lebih kurang masa separuh hidup mereka. Menurut kepada nenek, mereka telah tinggal di sini selama lima puluh tujuh tahun. Di samping itu, mereka mengalami segala perasaan hidup-masam, manis, pahit, pedas. Di kampong ini, tiada sesiapa tidak kenal “abang lembu” dan “makcik lembu”.

I berasa mereka berat hati untuk berpindah keluar daripada “sarang”ini. Tetapi kebanyakan jiran-jirannya telah berpindah ke bandar. Tambahan pula, tanah yang ditinggal oleh mereka adalah kepunyaan seorang pemilik tanah berbangsa melayu. Demi untuk mempunyai sebuah rumah betul-betul dipunyai oleh sendiri, mereka terpaksa mengangguk berpindah ke rumah baru.

I memesan dan memberitahu nenek bahawa kawasan bandar tidak sama dengan kawasan kampung, pintu rumah tidak boleh dibuka sesama di kampung sebab masyarakat sekarang telah tidak selamat. Lagi pun, mereka hanya mempunyai lima orang sahaja tinggal di rumah ini – datuk, nenek, makcik lang dan dua orang sepupu.

Semoga mereke hidup gembira di rumah yang baru ini.

Rumah kampung



Rumah baru