Wednesday, January 13, 2010

PISANG GORENG BRICKFIELD

Hari itu, secara tidak sengaja I mendapat maklumat daripada internet yang mengenai gerai, kebetulan Ivan merupakan king of fried banana. Maka pada hari Sabtu yang lepas, kami menuju ke Brickfield untuk mencari gerai ini. Akhirnya berjaya mencarinya, kalau tidak I tidak akan menulis tajuk blog ini.



Ia terletak di luar Restoran Yit Sieang, berdepanan dengan bangunan YMCA, Kopitiam Oldtown di sebelah kirinya, di Jalan Thambypillai.


Ia diniagakan oleh sepasang anak-beranak dan pernah disiarkan di dalam suratkhabar. Bapanya bertanggungjawab menggoreng, anak pula mengambil order dan membungkus. Perniagaannya agak bagus dan boleh dikatakan tidak berhenti-henti. Boss ingin mengekalkan rasa pisang goreng, maka setiap keping pisang goreng dicelup dengan tepung yang rata dan menggoreng sehingga menjadi warna emas. Air liur I hampir-hampir hendak keluar semasa menghidu dan melihat goreng-gorengnya.

Tiba-tiba I perasa sesuatu yang menakjubkan, kamu semua ada nampak bulatan bintang yang I buat itu? Itu adalah telefon, ia digantungkan dengan tali supaya memudahkan membuat tempahan melalui telefon, sekarang perniaggan gerai pisang goreng pun dijalankan secara komersial.


Pisang goreng digunakan adalah pisang raja, kedengaran ia berasal daripada Pahang, biasanya pisang raja ini dieskport ke Singapura, maka harganya lebih mahal daripada pisang yang lain, rasanya luar biasa juga.





Selain daripada menjual pisang goreng, mereka pun menjual kuih bakul goreng, karipap dan kuih tepung pulut bijan. Sebab perniagaannya terlalu bagus, maka mereka tidak sempat menggoreng kuih tepung pulut bijan.

Kuih bakul goreng sangat sedap, ia digoreng sekali dengan sekeping ubi keladi dan ubi keledek, rasanya sedap sekali tanpa melekat di gigi, I membagi satu kepujian kepadanya. I tidak makan pisang goreng, Ivan mengatakan dia tidak biasa makan pisang raja, dia lebih suka rasa pisang emas. Rasa karipap biasa saja. Lain kali I ingin mencuba kuih tepung pulut bijan.

Monday, January 11, 2010

MALAYSIA CHOCOLATE FAIR 2010

Pada hari Sabtu yang lalu, I mengajak Rachel mengunjung ke Malaysia Chocolate Fair 2010 yang diadakan di Mid Valley.

Terdapat ramai orang juga mengunjung ke sini, mereka berkemungkinan merupakan “chocolate fever”.

I berasa sedikit kecewa, sebab gerai chocolate di sini kebanyakan jenama yang jarang berjumpa di pasaran. Tambahan pula, tidak banyak jenama chocolate yang mengambil bahagian.

Di samping itu, bukan semua gerai boleh tasting. Kalau yang bagi tasting, hanya serpihan sebesar batu yang sangat kecil, mungkin modal sangat mahal.

Keseluruhan, kami tasting tidak cukup puas dalam chocolate fair ini.

Kamu semua juga boleh tasting dengan gambar I ambil, wakakaka!

























Friday, January 8, 2010

MASAK-MASAK ~ KUIH TEPUNG HAKKA NENEK

Perbezaan antara pan mee dengan kuih tepung adalah dari segi bentuk dan rasa kekenyalan.

Sekarang terdapat banyak kedai hanya menjual pan mee sahaja.

Pada masa dahulu, nenek sebelah bapa pandai membuat mee tradisional, beliau menggunakan mesin untuk meleperkan aduan tepung, seterusnya memotongkannya dengan menggunkan pisau. Rasa mee tradisional ini sangat sedap dan tidak dapat saya lupakan dalam sepanjang hidup I.

Sebenarnya I ingin menyatakan topik kuih tepung hakka tetapi tercerita mengenai mee tradisional, kemungkinan besar I menridui nenek I yang berada di syurga. Sorry ke atas I lari daripda topik yang bukan-bukan.

Ramuan untuk membuat kuih tepung hakka adalah tepung, telur, sedikit garam dan minyak, campurkan semua ramuan ini sehingga menjadi adunan tepung.



Aduan tepung ini dibahagikan kepada adunan tepung kecil dan mengadun sebesar jari akhir kamu. Seterusnya rendamkan ia ke dalam air yang bersih.

Sup pula disediakan dengan menggorengkan bawang kecil, memasukkan air, sayur preserved, pucuk manis, cendawan dan daging ayam.

Apabila sup telah dimasak, menekan dan menarik tepung yang direndam tadi menjadi panjang dan memasukkan ke dalam sup. Ulangkan langkah yang sama.


Sehingga kuih tepung menimbulkan ke atas permukaan air, bermakna ia telah masak, boleh sedia dijamu selera. Ia akan menjadi sempurna dengan dimakan dengan ikan bilis dan bawang kecil yang digoren sehingga rangup, jangan lupakan cili padi sekali, rasa sedap dimakan dengan cara tradisional yang senang.

Thursday, January 7, 2010

IQ QUEST III

Di sini terdapat tiga buah kotak-buah oren, buah limau, buah oren dan buah limau. Ketiga-tiga label adalah salah tampal. Kalau memberi satu peluang membenarkan tangan kamu memasukkan ke dalam satu daripada tiga kotak dan membetulkan semua label, kamu akan memasukkan ke dalam kotak yang mana satu?

Jawapan: kotak buah oren dan buah limau

Tuesday, January 5, 2010

E-NEWS PART 4

Hari terakhir pada tahun 2009, department I telah berlaku suatu perkara yang mengejutkan, terdapat sejumlah 3 orang meletak jawatan serentak.

Mereka merupakan orang besar di dalam company dan berada di pangkat orang atasan, lebih awal memasuki company daripada I.

Meletakan jawatan bukan suatu perkara yang tidak baik, setiap orang ada tujuan dan matlamat masing-masing. Tetapi meletak jawatan berkumpulan memberi gambaran yang tidak baik, boss akan beranggapan kamu semua ini adalah sengaja. Tambahan pula, mereka meletak jawatan selepas mendapat bonus tahunan baru-baru ini.

Kedengaran daripada gossip baru, semasa salah seorang pihak atasan daripada tiga orang ini membagi surat letak jawatan kepada boss, boss memperli mereka bahawa dia telah “terbaca” bahawa kumpulan ini akan meletak jawatan, sebab dia sudah lama perasan pihak atasan ini tiada “hati” untuk bekerja di sini.

Dengan ini, kami telah mengetahui betapa kejam percakapan boss, begitu tidak berhati perut, langsung tidak ada hati untuk menyuruh merka tinggal. Untuk pengetahuan, pihak atasan ini telah memberi banyak sumbangan sementara dia telah lama bekerja di sini. Cerita untuk dua orang yang lain masih tidak diketahui.

Ada lagi satu berita yang amat menakjubkan, Lay Hua secara tidak langsung tiba-tiba terlibat dalam kes letak jawatan berkumpulan juga. Berita terkini menyatakan bahawa bilangan meletak jawatan semakin bertambah.

Peringatan: Perkataan yang hot pada minggu ini adalah “Jangan promote saya”!

Sekian, terima kasih.

Monday, January 4, 2010

SOUVENIRS DARI KUCHING

Kuching, bandar yang terletak di Sarawak dan juga dinamakan KOTA KUCING. I hanya pernah melancong ke Sandakan, Sabah. I akan mengkongsikan pengalaman ke Sandakan nanti.

Pada minggu yang lepas, keluarga kakak-kakak Ivan melancong ke Kuching, Sarawak.

Kamu semua masih ingat anak buah Ivan yang membeli bahulu ikan? Kali ini, dia pun tidak melupai kami, dia membelikan kami sepasang magnet yang berbentuk peta Sarawak dan loceng yang berbentuk kucing kekayaan.




Loceng yang berbentuk kucing kekayaaan boleh digantung di dalam office untuk mendatangkan “Ong”

Ivan mengatakan dia tidak cukup cerdik, sebab anak buah ini membeli souvenirs yang sama kepada kami, dia berasa anak buahnya sepatut membeli 4 jenis souvenirs yang berlainan.

Tetapi I pula berasa dia cerdik, dia berbuat demikian untuk mengelakkan kami bergaduh. Wakakaka!


Friday, January 1, 2010

HAKKA CUISINE ~ LEI CHA


Lei Cha adalah sejenis makanan bagi kalangan kaum hakka. Ia juga dinamakan teh masin. Pada beberapa tahun dahulu, kalau ingin memakan lei cha bukan merupakan perkara yang senang. Ini disebabkan cara membuat amat rumit. Jika menggunakan cara tradisional adalah memasukkan ramuan ke dalam berkas yang disediakan dan mengulikan sehingga menjadi serbuk. Dalam proses menguli, air perlu ditambahkan sedikit demi sedikit supaya ia akan menjadi paste lei cha. Maka tiada ramai orang sudi membuat demikian pada zaman sekarang.

Sekarang ingin mencari berkas tradisional ini bukan senang, disebabkan perkembangan teknologi yang canggih, kalau ada sebuah blender, kami hanyalah perlu memasukkan segala ramuan ke dalam blender, paste lei cha akan terjadi.

Dalam cuaca yang panas, lei cha memainkan peranan dalam menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga serta melegakan kepenatan.

Zaman sekarang terdapat gerai yang menjual lei cha, ada yang menjadi kedai khas menjual lei cha juga, keutamaan bagi kedai organik. Kebanyakan orang sekarang mengurangkan minyak dalam makanan, maka lei cha menjadi makanan popular bagi orang ramai.

Lei Cha menjadi popular di dalam keluarga orang hakka. Kalau terdapat tetamu di rumah tanpa menjemput tetamu untuk memakan lei cha, maka ia akan dihina oleh tetamu.

Tabiat memakan lei cha akan memanjangkan umur, boleh hidup sehingga lapan atau sembilan puluh tahun ke atas. Ini disebabakan green tea diguli menjadi serbuk, penuh dengan vitamin C, banyak selulosa, kacang dan bijan yang menjadi serbuk lebih mudah diserap. Maka ia merupakan makan yang berkhasiat dan organik.


Mak Ivan telah berniaga menjual lei cha di gerai makan Taman Bunga Blossom Hawker Centre selama lima tahun lebih. Beliau telah mempunyai pelanggan-pelanggan yang tetap. Makcik hanya menggunakkan ramuan yang segar, tidak pernah menjual makanan semalaman. Cara persediaan agak rumit dan memakan masa. Lei cha memerlukan lebih kurang 9 jenis ramuan seperti kacang, bijan, paste leh cha, taufu, beras goreng dan sebagainya.


Semasa berniaga, beliau bukan sekaligus menyediakan semua sayur yang perlu dijualkan pada hari tersebut, kalau sayur dihidangkan lama, ia akan dioksidakan, rasanya akan menjadi kurang rangup. Maka beliau memasak beberapa kali. Apabila salah sejenis sayur tinggal tidak banyak atau habis, barulah beliau memasak sayur yang baru, inilah sebabnya beliau terdapat ramai pelanggan suka memakan lei chanya.

Kawan-kawan yang selalu memakan lei cha akan mengetahui kebaikan memakan lei cha; kawan-kawan yang tidak pernah memakan lei cha, sila cubalah, mungkin kamu akan menyukai selepas mencubanya.