Friday, January 1, 2010

HAKKA CUISINE ~ LEI CHA


Lei Cha adalah sejenis makanan bagi kalangan kaum hakka. Ia juga dinamakan teh masin. Pada beberapa tahun dahulu, kalau ingin memakan lei cha bukan merupakan perkara yang senang. Ini disebabkan cara membuat amat rumit. Jika menggunakan cara tradisional adalah memasukkan ramuan ke dalam berkas yang disediakan dan mengulikan sehingga menjadi serbuk. Dalam proses menguli, air perlu ditambahkan sedikit demi sedikit supaya ia akan menjadi paste lei cha. Maka tiada ramai orang sudi membuat demikian pada zaman sekarang.

Sekarang ingin mencari berkas tradisional ini bukan senang, disebabkan perkembangan teknologi yang canggih, kalau ada sebuah blender, kami hanyalah perlu memasukkan segala ramuan ke dalam blender, paste lei cha akan terjadi.

Dalam cuaca yang panas, lei cha memainkan peranan dalam menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga serta melegakan kepenatan.

Zaman sekarang terdapat gerai yang menjual lei cha, ada yang menjadi kedai khas menjual lei cha juga, keutamaan bagi kedai organik. Kebanyakan orang sekarang mengurangkan minyak dalam makanan, maka lei cha menjadi makanan popular bagi orang ramai.

Lei Cha menjadi popular di dalam keluarga orang hakka. Kalau terdapat tetamu di rumah tanpa menjemput tetamu untuk memakan lei cha, maka ia akan dihina oleh tetamu.

Tabiat memakan lei cha akan memanjangkan umur, boleh hidup sehingga lapan atau sembilan puluh tahun ke atas. Ini disebabakan green tea diguli menjadi serbuk, penuh dengan vitamin C, banyak selulosa, kacang dan bijan yang menjadi serbuk lebih mudah diserap. Maka ia merupakan makan yang berkhasiat dan organik.


Mak Ivan telah berniaga menjual lei cha di gerai makan Taman Bunga Blossom Hawker Centre selama lima tahun lebih. Beliau telah mempunyai pelanggan-pelanggan yang tetap. Makcik hanya menggunakkan ramuan yang segar, tidak pernah menjual makanan semalaman. Cara persediaan agak rumit dan memakan masa. Lei cha memerlukan lebih kurang 9 jenis ramuan seperti kacang, bijan, paste leh cha, taufu, beras goreng dan sebagainya.


Semasa berniaga, beliau bukan sekaligus menyediakan semua sayur yang perlu dijualkan pada hari tersebut, kalau sayur dihidangkan lama, ia akan dioksidakan, rasanya akan menjadi kurang rangup. Maka beliau memasak beberapa kali. Apabila salah sejenis sayur tinggal tidak banyak atau habis, barulah beliau memasak sayur yang baru, inilah sebabnya beliau terdapat ramai pelanggan suka memakan lei chanya.

Kawan-kawan yang selalu memakan lei cha akan mengetahui kebaikan memakan lei cha; kawan-kawan yang tidak pernah memakan lei cha, sila cubalah, mungkin kamu akan menyukai selepas mencubanya.


No comments:

Post a Comment