Hari itu, secara tidak sengaja I mendapat maklumat daripada internet yang mengenai gerai, kebetulan Ivan merupakan king of fried banana. Maka pada hari Sabtu yang lepas, kami menuju ke Brickfield untuk mencari gerai ini. Akhirnya berjaya mencarinya, kalau tidak I tidak akan menulis tajuk blog ini.
Ia terletak di luar Restoran Yit Sieang, berdepanan dengan bangunan YMCA, Kopitiam Oldtown di sebelah kirinya, di Jalan Thambypillai.
Ia diniagakan oleh sepasang anak-beranak dan pernah disiarkan di dalam suratkhabar. Bapanya bertanggungjawab menggoreng, anak pula mengambil order dan membungkus. Perniagaannya agak bagus dan boleh dikatakan tidak berhenti-henti. Boss ingin mengekalkan rasa pisang goreng, maka setiap keping pisang goreng dicelup dengan tepung yang rata dan menggoreng sehingga menjadi warna emas. Air liur I hampir-hampir hendak keluar semasa menghidu dan melihat goreng-gorengnya.
Tiba-tiba I perasa sesuatu yang menakjubkan, kamu semua ada nampak bulatan bintang yang I buat itu? Itu adalah telefon, ia digantungkan dengan tali supaya memudahkan membuat tempahan melalui telefon, sekarang perniaggan gerai pisang goreng pun dijalankan secara komersial.
Pisang goreng digunakan adalah pisang raja, kedengaran ia berasal daripada Pahang, biasanya pisang raja ini dieskport ke Singapura, maka harganya lebih mahal daripada pisang yang lain, rasanya luar biasa juga.
Selain daripada menjual pisang goreng, mereka pun menjual kuih bakul goreng, karipap dan kuih tepung pulut bijan. Sebab perniagaannya terlalu bagus, maka mereka tidak sempat menggoreng kuih tepung pulut bijan.
Kuih bakul goreng sangat sedap, ia digoreng sekali dengan sekeping ubi keladi dan ubi keledek, rasanya sedap sekali tanpa melekat di gigi, I membagi satu kepujian kepadanya. I tidak makan pisang goreng, Ivan mengatakan dia tidak biasa makan pisang raja, dia lebih suka rasa pisang emas. Rasa karipap biasa saja. Lain kali I ingin mencuba kuih tepung pulut bijan.
No comments:
Post a Comment