Tuesday, June 29, 2010

KUEY TIEW GORENG LAU WAN


Gerai ini terletak di Restoran Jaya, PJ SS6. Semasa I mengambil gambar gerainya, tauke menanya isterinya I ambil gambar untuk apa? Nasib baik dia tidak menghalau I keluar daripada restoran.

Jangan memandang rendah terhadap gerai kuey tiew goreng ini, sejak I sampai restoran ini, tangan tauke untuk menggoreng kuey tiew tidak berhenti-henti, bisnesnya sangat bagus. Ia mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan berbilang kaum.

Teh Tarik

Ini adalah kuey tiew (RM4), terdapat dua ekor udang yang besar.

Selain daripada gerai kuey tiew goreng, ia juga terdapat satu gerai yang menjual rojak buah.

Rojak buah (RM3.50) mengandungi buah jambu, mangga, sengkuang, timun dan sebagainya. Sosnya agak manis sikit.

No comments:

Post a Comment