Tuesday, January 5, 2010

E-NEWS PART 4

Hari terakhir pada tahun 2009, department I telah berlaku suatu perkara yang mengejutkan, terdapat sejumlah 3 orang meletak jawatan serentak.

Mereka merupakan orang besar di dalam company dan berada di pangkat orang atasan, lebih awal memasuki company daripada I.

Meletakan jawatan bukan suatu perkara yang tidak baik, setiap orang ada tujuan dan matlamat masing-masing. Tetapi meletak jawatan berkumpulan memberi gambaran yang tidak baik, boss akan beranggapan kamu semua ini adalah sengaja. Tambahan pula, mereka meletak jawatan selepas mendapat bonus tahunan baru-baru ini.

Kedengaran daripada gossip baru, semasa salah seorang pihak atasan daripada tiga orang ini membagi surat letak jawatan kepada boss, boss memperli mereka bahawa dia telah “terbaca” bahawa kumpulan ini akan meletak jawatan, sebab dia sudah lama perasan pihak atasan ini tiada “hati” untuk bekerja di sini.

Dengan ini, kami telah mengetahui betapa kejam percakapan boss, begitu tidak berhati perut, langsung tidak ada hati untuk menyuruh merka tinggal. Untuk pengetahuan, pihak atasan ini telah memberi banyak sumbangan sementara dia telah lama bekerja di sini. Cerita untuk dua orang yang lain masih tidak diketahui.

Ada lagi satu berita yang amat menakjubkan, Lay Hua secara tidak langsung tiba-tiba terlibat dalam kes letak jawatan berkumpulan juga. Berita terkini menyatakan bahawa bilangan meletak jawatan semakin bertambah.

Peringatan: Perkataan yang hot pada minggu ini adalah “Jangan promote saya”!

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment