Tuesday, June 29, 2010

KUEY TIEW GORENG LAU WAN


Gerai ini terletak di Restoran Jaya, PJ SS6. Semasa I mengambil gambar gerainya, tauke menanya isterinya I ambil gambar untuk apa? Nasib baik dia tidak menghalau I keluar daripada restoran.

Jangan memandang rendah terhadap gerai kuey tiew goreng ini, sejak I sampai restoran ini, tangan tauke untuk menggoreng kuey tiew tidak berhenti-henti, bisnesnya sangat bagus. Ia mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan berbilang kaum.

Teh Tarik

Ini adalah kuey tiew (RM4), terdapat dua ekor udang yang besar.

Selain daripada gerai kuey tiew goreng, ia juga terdapat satu gerai yang menjual rojak buah.

Rojak buah (RM3.50) mengandungi buah jambu, mangga, sengkuang, timun dan sebagainya. Sosnya agak manis sikit.

Tuesday, June 8, 2010

IKAN BAKAR FEND

Ikan Bakar Fend merupakan satu daya tarikan di Kelana Jaya.

Sebelum itu, ia hanya terdiri daripada satu van dimana membuka gerainya di tepi jalan raya yang berhadapan dengan kawasan perumahan. Semasa itu, kami tidak memahami kenapa terdapat ramai orang sanggup memakan di sana dengan cuaca yang panas pada waktu lunch. Apa makanan yang ia jual, sedapkah? Rupa-rupanya ia menjual ikan bakar, laksa, nasi lemak dan minuman sejuk yang special.

Pada suatu hari, kami membungkus ikan bakarnya dan menikmati di dalam office. Satu set yang terdiri daripada sekeping ikan baker, nasi dan dua jenis sos iaitu homemade sos cili dan sos asam jawa, RM5.00

Selepas makan, kami baru memahami kenapa bisnesnya sangat baik, rasanya sedap sampai THUMB UP x 2.

Kami juga ada bungkus cendol, rasanya serupa yang dijual oleh AH NEH, terumatanya kuantiti antara santan dengan gula merah, secukup rasanya.

Tiba-tiba ia telah hilang sementara di tepi jalan raya, rupa-rupanya ia telah dipindah masuk ke shoplotnya. Sekarang pelanggannya boleh memakan dengan keadaan yang selesa.

Sebab mereka mempunyai kedai sendiri, maka perbelanjaan semakin besar, harga makanan yang dijualnya juga dinaikkan, kuantiti makanan pula dikurangkan, tetapi terdapat satu yang tidak berubah adalah rasa ikan bakarnya.


Ini adalah set ikan bakar, terdapat ikan bakar, nasi dan sos special, satu set RM6.50. Gambar yang diambil melalui handphone agak kabur, ikan bakar kelihatan macam arang batu, tetapi rasanya BEST.


Ini adalah ikan cencaru, seekor RM4.00


Minuman kami adalah ICE KACANG PUPPY LOVE. Nama ini diberi oleh saya kerana kuantitinya sangat besar dan boleh dikongsi oleh dua orang, kamu suap saya, saya suap kamu, macam puppy love, ha ha ha! RM3.00

Monday, May 31, 2010

E-NEWS PART 6

Sekarang merupakan masa melaporkan berita E-news, pada kali ini menyampaikan suatu berita baik.

Lokasi syarikat kami terletak di tempat yang agak ulu, tempat makan juga sangat terhad sehingga kami tiada idea makan di mana.

Syarikat kami mempunyai tempat khas untuk dijadikan kantin. Sebelum ini terdapat dua pihak yang berlainan menguruskan kantin. Pada akhirnya ole kerana sebab tertentu, mereka telah menamatkan perniagaan di kantin.

Terdapat suatu pihak yang baru akan menguruskan kantin bermula dari 1hb Jun. Khabar angina mengatakan pihak baru ini adalah dari PAPA RICH.

Tetapi kami semua tidak mengetahui bahawa harga menunya. Nasib baik syarikat kami memberi subsidi kepada non-executive (I juga salah seorang daripadanya) sebanyak RM50 dalam bentuk kupon. Maka kami mendapat gaji tambahan dengan serta-merta.

Kami telah mengira bahawa sebanyak 22 hari bekerja dalam sebulan, maka rakan sekerja Z bercadangkan sepuluh hari makan di dalam kantin, sepuluh hari berpuasa dan dua hari lagi memakai wang sendiri.

Ini adalah kupon RM50. Setiap kupon dicetakkan nama dan nombor staff masing-masing.


Setiap kali memakai kupon, kami perlu mengisikan tarikh dan menandatangan supaya sah digunakan.


Saya amat menanti-nanti kedatangan 1hb Jun kerana kami boleh makan free dengan menggunkan kupon, YEAH!!

Sekian sahaja, terima kasih.

Wednesday, May 5, 2010

MAKAN MALAM DI SERI MURNI SS2


Pada hari minggu yang lepas, kawan baik saya yang datang dari Seremban mengajak saya untuk memakan malam bersama. Salah seorang kami mengatakan bahawa dia sangat merindui makanan di Seri Murni, maka kami membuat keputusan memakan di sana.

Sesiapa yang pernah pergi SS2, kalau dia tidak mengetahui restaurant Seri Murni, dia boleh dikatakan agak outdate. Sebab restaurant ini sangat terkenal di SS2, bisnesnya sangat baik, meja dan kerusi disusun penuh di sepanjang jalan.

Boss restaurant ini adalah orang cina, pekerja-pekerjanya terdiri daripada orang melayu, makanannya adalah halal, maka semua bangsa pun boleh menikmati makanan di sini.

Restaurant ini tiada menu makanan, makanan yang dijual di mamak, ia pun ada; makanan yang tidak dapat di mamak, ia juga ada.

Biasanya kami menggunakan mata kami untuk melihat makanan yand dipesan oleh orang lain. Kalau berasa makanan itu sedap, kami hanya perlu memberitahu waiter bahawa kami pun nak set makanan yang sama.

Kuantiti makanan di sini agak banyak, maka saya menggalakkan dua orang berkongsi satu set makanan.

Ini adalah order yang wajib kepada kami-Ice blended, merah adalah tembikai, kuning adalah mango, terdapat buah-buahan yang segar di dalamnya.


Claypot loh sun fan, telur yang terletak di atas dinamakan bulan yang terang.


Mee emperor goreng dengan seafood


Rupa bentuk yang semacam dengan roti canai tetapi namanya adalah Hawaiian chicken, isinya terdapat sausage, ayam, daging burger, buah nenas, lapisan luar terdapat mayonis, emm sedapnya!

Sunday, April 25, 2010

NANDO’S CHICKEN + KES SELUAR

Hari ini, Ivan menyiapkan kerjanya dengan lebih awal, maka kami bercadang pergi MV untuk makan malam di Nando’s Chicken.

Seperti biasa, perjalanan di Federal Highway lebih sesak, kami sampai ke MV lebih kurang pukul 7 lebih malam.

Apabila sampai di Nando’s Chicken, kami diaturkan di tempat yang agak dalam.

Kami telah order half chicken value meal, chicken sausage dan dua jenis minuman.

Hot chocolate


Refillable Ice Lemon Ice


Chicken Sausage yang sedap


Selepas itu, kami menunggu selama setengah jam, half chicken value meal kami belum sampai lagi.

Kami mendapati bahawa makanan pelanggan yang datang selepas kami pun telah sampai, melampau betul!

Setelah Ivan mengadu dengan supervisor, makanan kami baru sampai. Kegemaran saya - Chicken roaster bersama kentang goreng serta salad keluaran terbaru.


Saya paling suka chili sauce di Nando’s Chicken. Chili saucenya ini akan berasa pedas selepas beberapa minit, maka saya meminum ice lemon tea dengan banyak.




Kemungkinan aduan kami sangat berkesan, apabila ice lemon tea kami telah habis, pelayan akan mengisikan bagi kami tanpa suruhan.

Nando’s chicken merupakan fast food, tetapi kami telah menggunakan masa satu jam lebih untuk menghabiskan.

Selain memakan malam di MV, tujuan kedua kami adalah membeli seluar di JJ.

Ivan mencari seluar yang sesuai di suatu jenama, tetapi promoter tidak mempedulikan kami walaupun dia mengetahui kami tengah mencari saiz seluar.

Selepas mencuba dengan kepuasan, kami ingin mencari promoter tersebut, tetapi dia telah hilang dirinya. Seorang promoter perempuan yang menjaga jenama lain mengatakan bahawa dia telah pergi sembahyang.

Maka kami pun menanyakan dia bahawa samada terdapat perkhidmatan tailoring ke atas seluar ini tak? Dia kata ada tetapi kami perlu membuat bayaran dahulu.

Tidak lama kemudian, promoter itu pun balik daripada sembahyang, kami pun membayar di kaunter cashier.

Apabila kami menyuruh promoter itu membuat tailoring, dia kata tidak ada perkhidmatan ini, hanya boleh membuat pada sesi pagi sahaja.

Mana boleh macam ini? Tadi makcik itu kata ada tailoring, kenapa kamu cakap tidak ada?

JJ sebesar ini, department lain tidak boleh menolong tailoring??

Promoter perempuan tadi menuju kami, dia kata setiap jenama hanya boleh membuat tailoring di jenama sendiri sahaja.

Selepas itu, tiada orang mempedulikan kami, kami macam orang bodoh sahaja.

Bagaimana memakai seluar yang tanpa tailoring? Tidak mungkin esok kami datang sini lagi kan?

Dengan api yang membara, kami mengadu di customer service yang berada di tingkat atas.

Kami berjumpa dengan seorang customer service perempuan yang berbangsa melayu dan mengatakan masalah kami dengan bahasa melayu.

Dia macam bagus menjawap dengan bahasa inggeris yang tidak berapa fasih, lagi geramnya.

Dia mengatakan bahawa bukan semua department mempunyai perkhidmatan tailoring.

Kami pula membalaskan bahawa department itu terdapat mesin menjahit, tidak mungkin mesin tersebut merupakan barang hiasan.

Selepas itu, terdapat seorang perempuan cina menanyakan apa yang terjadi.

Customer service tersebut memberitahu masalah kami kepadanya. Tanpa apa-apa pertanyaan, dia menyuruh kami tunggu sebentar, dia menelefon ke kaunter untuk memahami sebab-sebabnya.

Rupa-rupanya dia adalah customer care manager.

Tidak lama kemudian, manager tersebut mengatakan boleh membuat tailoring dan membawa kami ke tingkat bawah dengan bersopan santun.

Yang paling kelakar, orang yang kami jumpa adalah promoter tersebut yang mengatakan tiada perkhidmatan tailoring.

Kami mengikut promoter itu menuju ke kaunter tailoring. Sebelum menjahit, promoter tersebut mengatakan dia baru bekerja di sini dan tidak pandai menjahit, kalau dia salah menjahit, kami jangan memarahi dia. Oh my god, kenapa dia boleh bercakap demikian.

Manager itu menuju ke kami, Ivan bercakap dengan dia bahawa promoter ini tidak ada keyakinan untuk menjahit.

Selepas mendengar alasan kami, dia menyuruh orang yang daripada department lain untuk menjahitnya.

Manager boleh berhak membuat demikian kerana dia memegang prinsip “Customer is always right”. Maka tindakan kami yang diambil adalah betul dan tepat.

Pengaduan kami diselesaikan di bawah bantuan customer care manager yang bijak.




Wednesday, April 21, 2010

IQ QUEST IV

Jika kami mengeluarkan E dan T daripada 26 huruf, maka ia masih tinggal berapa huruf?

Jawapan: Hanya tinggal 21 huruf, sebab ET membawa UFO balik ke planetnya.

Friday, April 16, 2010

HOTEL PENCERAIAN PERKHAWINAN

Artikel di bawah adalah menunjukkan suatu cerita yang mengharukan mengenai sebuah hotel yang istimewa. Ia memberi mesej supaya tidak meninggalkan orang yang dicintai dimana bersusah payah mendirikan keluarga yang bahagia bersama-sama. Perniagaan hotel ini boleh mendatangkan keuntungan juga.

Terdapat sepasang suami isteri yang telah berkhawin selama sepuluh tahun. Perasaan percintaan di antara mereka telah semakin berkurangan masa demi masa. Suami berasa isterinya hanya merupakan tanggungjawab amnya sahaja. Selepas itu, dia semakin membenci isterinya apabila dia bertemu seorang gadis muda yang bersifat riang.

Suami ini berusaha memikat gadis muda ini dan berasa gadis muda ini merupakan teman baru dalam kehidupannya. Setelah bertimbang secara mendalam, dia ingin bercerai dengan isterinya. Isterinya tidak mencakap apa-apa, dia hanya bersetuju dengan keadaan yang aman.

Keesokkan, mereka pun pergi bahagian penceraian. Prosedur penceraian amat lancar, apabila keluar daripada bahagian penceraian, mereka kedua-keduanya telah mengubahkan status daripada berkhawin menjadi bujang. Ex-suami ini tiba-tiba berasa sepi, dia bercakap dengan ex-isterinya: apa kata kami makan malam bersama-sama.

Ex-isterinya menjawab: baiklah, kedengaran sini ada sebuah hotel yang baru bernama Hotel Penceraian. Mereka khas untuk menyediakan makan malam terakhir kepada pasangan suami isteri yang bercerai, kami makan di sana lah.

Ex-suami mengangguk kepala dan mereka menuju ke hotel tersebut.

“Selamat malam, tuan dan puan. Sila duduk, nak order makanan apa?” tanya daripda seorang pelayan.

“Kamu order lah.” Ex-suami bercakap.

“I jarang makan di luar, lebih baik u order jer.” Ex-isteri berkata.

“Maafkan saya, puan dan tuan. Hotel kami ada suatu peraturan, makanan untuk malam ini mesti dipesan demikian, puan perlu order makanan kegemaran tuan manakala tuan perlu order makanan kegemaran puan pula. Sebab ini adalah memori terakhir bagi kedua.” Pelayan menjelaskan.

“Okay, bagi I ikan kukus, mushroom goreng dengan black fungus. Ingat, jangan letak daun bawang dan halia, husband….tuan ini tidak suka makan semua ini.” Ex-isteri bercakap dengan lancarnya.

“Tuan, u nak order apa?” Pelayan tanya ex-suami.

Ex-suami tiba-tiba bengan. Mereka telah berkhawin selama 10 tahun tetapi dia betul-betul tidak mengetahui makanan kegemaran ex-isteri nya. Dia tidak dapat menjawab.

“Begitulah sahaja, sebenarnya kami berdua suka makan yang saya order tadi.” Ex-isteri berkata demikian untuk mengelakkan ex-suami segan.

Pelayan menunjukkan senyuman yang manis dan menyatakan: “Sebenarnya pelanggan mendatang ke hotel penceraian kami untuk menikmati makan malam terakhir, mereka tidak ada mood untuk memakan, maka “memori terakhir” tidak perlu makan lah. Sekarang sila mencuba minuman special yang disediakan kepada para pasangan yang bercerai, ini tidak ditolak oleh semua pelanggan.”

Ex-isteri mengangguk kepalanya : “Maka bagi kami minuman special hari ini lah.”

Dengan serta-mertanya, pelayan menyediakan dua minuman special antaranya adalah ais blended yang berwarna biru dan air panas yang berwarna merah.

“Minuman special hari ini dinamakan separuh api dan separuh air laut, sila menikmatinya.” Pelayan habis bercakap dan keluar dari bilik tersebut.

Dalam bilik tersebut, mereka berdua tidak bercakap apa-apa dan berasa tidak selesa.

“Kok, kok, kok.” Pelayan mengetuk pintu dengan memegang sekuntum bunga ros yang berwarna merah. “Tuan, u masih ingat keadaan tuan menghadiahkan bunga kepada puan pada kali pertama? Sekarang semua telah ditamatkan. Tidak dapat menjadikan pasangan suami isteri, maka menjadi kawan biasa, bunga ros ini menjadikan kenagan akhir kepada puan.

Ex-isteri mengingat pada masa 10 tahun yang lalu, keadaan ex-suaminya menghadiahkan bunga kepadanya pada kali pertama. Masa itu mereka berdua mencari makan di kota yang tidak ada saudara-mara, apa-apa pun tidak ada, semua bermula daripada kosong. Pada hari siang, mereka mencari kerja dan bertungkus lumus untuk mendapat rezeki.; pada waktu malam, ex-isteri membuka gerai di pasar malam untuk menambah lagi pendapatan, manakala ex-suami mencuci pinggan mangkuk di restoran. Pada masa larut malam, mereka baru pulang ke bilik sewa yang sebesar 10 meter persegi. Kehidupan sangat seksa tetapi mereka berasa gembira dan bahagia. Pada hari valentine, ex-suami membelinya sekuntum bunga ros pertama kepadanya, ex-isteri mengharu sehingga menangis. Sekarang sudah 10 tahun, kehidupan mereka telah bertambah baik, tetapi mereka bercadang untuk bercerai.

Ex-isterinya menangis dan menyatakan: “Bunga tidak perlu lah.”

Ex-sumai juga berfikir balik keadaan pada 10 tahun yang lalu, dia tidak pernah membelinya bunga ros sejak lima tahun yang lalu. “I nak beli bunga ros kepada kamu.” Ex-suami berkata.

Pelayan mengoyakkan bunga ros kepada dua dan memasukkan ke dalam minuman mereka, kemudian bunga ros melebur ke dalam minuman mereka.

“Bunga ros ini khas diperbuat daripada pulut, ia juga merupakan menu ketiga kami yang bernama memori yang bahagia. Puan dan tuan, sila menikmati, kalau ada apa-apa order, sila pesan saya.” Pelayan seterusnya keluar dari bilik.

“Saya…” ex-suami memegang tangan ex-isterinya dan ingin menyatkan sesuatu.

Ex-isteri menarik balik tangannya dan memandang muka ex-suaminya.

Tiba-tiba lampu telah dipadamkan, bilik menjadi gelap, loceng kebakaran berbunyi berserta dengan bau asap.

“Apa yang terjadi?” kedua-dua berdrii dengan serta-merta.

“Api, api, hotel berapi, kamu semua cepat-cepat mengikut jalan keselamatan.” Jeritan dari luar bilik.

“Yang, I sangat takut.” Ex-isteri memeluk ex-suami.

“Jangan takut, Yang. I ada di sini. Jom mari keluar dari bilik ini.” Ex-suami menjawab.

Apabila mereka keluar dari bilik, sebenarnya tidak apa yang berlaku, keadaan di luar secara normal.

Pelayan menuju ke mereka: “ Maafkan, puan dan tuan, kamu berdua telah terperanjat. Hotel kami tidak berlaku kebakaran, asap tadi adalah menu keempat kami yang bernama pilihan sebenar dalam hati. Sila masuk balik ke dalam bilik.”

Apabila mereka masuk balik ke bilik, lampu telah dibuka terang. “Yang, pelayan menyatakan dengan betul, keadaan tadi adalah pilihan sebenar dalam hati. Kami tidak berfikir berpisah antara sama lain. Besok kami pergi berkhawin semula.” Ex-suami berkata dengan ikhlas.

“Kamu sudi?” Ex-isteri berkata.

“I mesti sudi lah. I telah faham segalanya. Besok pagi kami pergi mendaftar khawin. Sila bagi bill.” Ex-suami menjerit.

Pelayan menghantarkan dua bill yang sangat special dan berwarna merah :“ Puan dan tuan, ini adalah hadiah terakhir dari hotel kami yang bernama bill selama-lamanya, berharap kamu berdua menyimpan dengan sebaiknya.”

Ex-suami membacanya dengan menitiskan air matanya.

“Kenapa, Yang?” Ex-isteri menanya.

Ex-suami membagi bill tersebut kepada ex-isterinya : “ Yang, I telah bersalah, maafkan I.”

Ex-isteri membuka bill tersebut, ia ditulis demikian:

SATU keluarga yang penuh kasih sayang;
DUA tangan yang bertungkus lumus untuk mendirikan rumah tangga;
TIGA hari tiga malam tidak tidur untuk menunggu kepulangan kamu;
EMPAT musim memperhatikan kesihatan kamu;
LIMA adalah penjagaan yang tidak berhenti-henti;
Menghormati ibu mentua yang berumur ENAM puluh tahun;
Satu minggu TUJUH hari menjaga anak tanpa apa-apa aduan;
Mempertahankan segala gossip daripada LAPAN arah;
SEMBILAN jam untuk menyediakan makanan kegemaran kamu;
Menyumbangkan SEPULUH tahun masa pemudaan untuk keluarga ini;
Ini adalah ISTERI kamu.

“Yang, kamu agak seksa bekerja di luar. Kebelakangan ini, I telah kurang memberi perihatin terhadap kamu.” Ex-isteri membagi billnya kepada ex-suami yang isi kandungan sedemikian:

Tanggungjawab bagi SATU lelaki;
DUA bahu memegang segala beban keluarga;
TIGA hari tiga malam bertungkus lumus bekerja untuk mendapatkan pendapatan;
Sentiasa bekerja dalam masa dua puluh EMPAT jam seharian;
LIMA adalah tidak dapat mengeluarkan apa-apa aduan kepada sesiapa;
ENAM kesan tanda tua menunjukkan di mukanya;
Bebanan daripada TUJUH orang saudara mara;
LAPAN kali untuk menyelesaikan dugaan;
Dia merupakan insan yang mempunyai SEMBILAN kelebihan dan satu kelemahan;
SEPULUH kali sepuluh peratus memberi sumbangan untuk mendirikan kebahagian keluarga;
Ini adalah SUAMI kamu.

Pasangn suami isteri memeluk antara satu sama lain lalu menangis.

Setelah membayar, mereka berterima kasih kepada pelayan dan pengurus hotel.

Dengan memandangkan bayang belakang mereka, pengurus hotel menyatakan: “ Bahagianya pasangan ini, hotel penceraian kami menyelamatkan lagi satu pasangan suami isteri lagi.”

Tuesday, March 30, 2010

RESTORAN MEI YUAN

Hari ini, Rachel menceritakan mengenai lala. Kebetulannya dinner kami menikmati di Restoran Mei Yuan.

Restoran ini terkenal dengan makanan apa? Jawapannya adalah selain daripada goreng-goreng, lala adalah pilihan yang wajib bagi kami.

Restoran pernah dilaporkan di dalam suratkhabar sebanyak beberapa kali. Kami selalu mengunjunginya sebab makanannya sedap dan dimasakkan dengan arang batu.

Kami order kuey tiaw kungfu dan sup lala.

Kungfu kuey tiaw dimasak dengan wok hei yang cukup, kuey tiew sangat sedap apabila makan dengan sambal buatan sendiri.



Meminum sup lala agak enjoy apabila dalam cuaca hujan, syoknya.


Besarnya isi lala ini.


Selepas itu, I tambah order satu pinggan kerang rebus dimana makan dengan sos cili yang istimewa.


Dinner hari ini agak memuaskan.

Sunday, March 28, 2010

IQ QUEST V

Dalam makmal sains, selain daripada cikgu yang mempunyai peringkat pendidikan yang tinggal, apakah benda yang lain juga mempunyai tahap pendidikan yang tinggi?

Jawapan: Termometer (Degree Celsius)

Monday, March 8, 2010

T-O-I-L-E-T

Cerita ini adalah mengenai tandas.

Dalam suatu shopping complex, seorang pekedai meletakkan notis – TO LET di luar kedainya.

Terdapat seorang yang penyibuk menambahkan huruf I di antara perkataan TO dan LET, maka ia daripada TO LET menjadikan TOILET.

Kebetulan seorang makcik sakit perut dan ternampak notis ini, dia terus memasuki ke dalam kedai ini.

Pekedai melayan makcik ini dengan berkata: Selamat datang, sila duduk.

Makcik berkata: I tidak boleh duduk. I sudah tidak tahan. Berapa bayaran?

Pekedai berasa makcik ini sangat baik, maka dia menunjukkan dua jari yang bermaksud sewaan dua ribu sebulan.

Makcik itu ingat pekedai ini menunjukkan dua puluh sen: Tempat kamu lebih murah berbanding dengan tempat yang lain.

Pekedai tiba-tiba tanya: Kamu menjalankan perniagaan apa?

Makcik berjawap: Apa pulak?

Bukan, I hanya takut kamu membuat tempat I kotor dan busuk. Pekedai menjawap.

Sistem penghadaman makcik kurang baik, “buatan”nya agak busuk. Makcik berkata dengan marah: “Buatan”I wangi atau busuk tidak berkenaan dengan kamu, I bukan buat untuk menjadikan makanan kamu!

Pekedai ini merupakan seorang yang suka memakan. Pekedai berkata dengan segera: I nak makan. Kalau sedap, I akan tolong kamu promote secara F.O.C.

Selepas makcik mendengar jawapan pekedai, dia pun memarahi pekedai dengan “gila betul”.

Pekedai berasa pelik kerana dimarahi oleh makcik, dia hanya boleh mengeluh kerana tidak bernasib baik.

Friday, March 5, 2010

KUALA SELANGOR-RIVER VIEW SEAFOOD RESTAURANT

Pada hari minngu, I mengajak sepupu pergi Kuala Selangor untuk memakan seafood.

Lebih kurang dalam satu jam, kami borak sambil menikmati pemandangan ladang-ladang yang kehijau-hijauan, tempat tujuan – Kuala Selangor telah pun sampai.

Kali ini merupakan kali pertama sepupu saya datang ke Kuala Selangor, maka kami pun merayau-rayau di kawasan pelabuhan penambung. Kami mengambil kesempatan membeli keropok-keropok.

Restaurant ini merupakan restaurant yang ternama, terdapat ramai pelancong-pelancong luar negara makan di sini.



Kami telah order seafood set – ikan, udang, ketam, oyster dan sayur.

Emm, Sedap dan kenyangnya.






Thursday, March 4, 2010

ANDA SUKA WARNA APA?



Di sini terdapat tiga keropok yang berlainan, keropok yang berwarna oren kekuningan adalah rasa ubi keledek; keropok yang berwarna ungu adalah rasa ubi keladi;keropok yang berwarna kelabu adalah rasa ikan, anda suka warna apa?

Ia dibeli di mana? Jawapan akan diberikan nanti.

Tuesday, March 2, 2010

SIAPA LENG LUI TU?

Jika bagi kamu balik ke zaman remaja dalam umur 15-16 tahun, kamu semua masih ingat apakah kegemaran kamu pada masa itu?

Adik bongsu pada masa kini terdapat satu tabiat yang baru iaitu minum teh dengan kawan-kawannya, satu minggu keluar lebih kurang tiga hingga empat hari. Kawan-kawan ini merupakan rakan sekolahnya juga, mereka boleh dikatakan akan berjumpa setiap hari. I berpendapat bahawa kemungkinan wang sakunya terlalu banyak. Tetapi adik bongsu menyatakan kawannya yang membelanjakan. Kalau terdapat kawan yang sebaik ini, I pun mengikut keluar minum teh lain kali.

Hari itu, I saja mengacau adik bongsu: cakap betul-betul, u ni pergi minum teh atau mencari awek?

Dia menjawap: Betul, minum teh saja. Semenjak ini, I tidak berjumpa dengan apa-apa leng lui yang menarik perhatian saya. Tetapi dulu sekolah terdapat satu leng lui yang boleh dikatakan cun sekali, sekarang dia telah graduate.

I tanya: Siapa dia?

Dia menjawap: Kak ngah lah. Ada lagi satu leng lui yang belajar di sekolah sebelah, tetapi telah graduate juga.

I tanya lagi: Siapa dia?

Dia menjawap dengan senyuman yang pelik: Kamu lah!

Semua yang terdengar jawapan ini dengan gerlakan yang tidak berhenti-henti.

Sunday, February 28, 2010

MAKAN MALAM DI RESTORAN REGENT

Pada hari kelima tahun baru cina, uncle sulong mengajak kami makan malam di Restoran Regent.

Menu pada hari itu seperti menu makanan perkhawinan, harganya adalah RM588, merangkumi yee sang, five combinations, shark fin, ikan, itik, udang, nasi goreng dan ais-krim.





Kami seramai empat meja, kelihatan sangat meriah, serupa mengadakan majlis perkhawinan, “YAM SENG”.


Terima kasih kepada uncle sulong.





Thursday, February 25, 2010

FOODTIAM CAFÉ

Hari keempat tahun baru cina, kami pergi shopping mall untuk berjalan-jalan. Kelihatan banyak orang masih bercuti, terdapat banyak keluarga membeli belah di sini.

Hari ini kami perlu memakan ubat tenang hati sebab perkara kehilangan budak hampir berlaku di hadapan kami.

Uncle ngah mempunyai seorang anak perempuan (Li Chin) yang berumur tujuh tahun, dia merupakan budak yang sangat aktif. Semasa kami membeli baju, tiba-tiba perasan dia tidak mengikut kami, maka kami beranggapan dia megikut kakak sepupu.

Selepas kakak sepupu habis membayar, kami pun bertemu dengannya, tetapi Li Chin tidak mengikutnya. Kami meletakkan harapan terakhir ke atas adik lelaki.

Tiba-tiba adik lelaki menuju ke depan kami tetapi Li Chin tidak mengikutnya.

Kami semua mula takut. Dia merupakan anak tunngal uncle ngah.

Nasib baik aunty berasa seorang makcik memegang Li Chin yang tengah menangis. Kami semua menghempus nafas dengan lega, kalau tidak dapat mencarinya, kami semua kena lari dari rumah.

Setelah itu untuk merayakan berjaya mencarinya, kami meminun di Foodtiam Café.



Nasi lemak ini mendapat anugerah di seluruh Negeri Sembilan




Green tea milk shake


White coffee


Jus cucumber + honey dew


Ice-blended chocolate


Full wheat bread with kaya and butter


Roti bakar kaya dan butter


Sandwich tuna dan telur


Ini adalah budak yang hampir hilang- Li Chin