Monday, May 31, 2010

E-NEWS PART 6

Sekarang merupakan masa melaporkan berita E-news, pada kali ini menyampaikan suatu berita baik.

Lokasi syarikat kami terletak di tempat yang agak ulu, tempat makan juga sangat terhad sehingga kami tiada idea makan di mana.

Syarikat kami mempunyai tempat khas untuk dijadikan kantin. Sebelum ini terdapat dua pihak yang berlainan menguruskan kantin. Pada akhirnya ole kerana sebab tertentu, mereka telah menamatkan perniagaan di kantin.

Terdapat suatu pihak yang baru akan menguruskan kantin bermula dari 1hb Jun. Khabar angina mengatakan pihak baru ini adalah dari PAPA RICH.

Tetapi kami semua tidak mengetahui bahawa harga menunya. Nasib baik syarikat kami memberi subsidi kepada non-executive (I juga salah seorang daripadanya) sebanyak RM50 dalam bentuk kupon. Maka kami mendapat gaji tambahan dengan serta-merta.

Kami telah mengira bahawa sebanyak 22 hari bekerja dalam sebulan, maka rakan sekerja Z bercadangkan sepuluh hari makan di dalam kantin, sepuluh hari berpuasa dan dua hari lagi memakai wang sendiri.

Ini adalah kupon RM50. Setiap kupon dicetakkan nama dan nombor staff masing-masing.


Setiap kali memakai kupon, kami perlu mengisikan tarikh dan menandatangan supaya sah digunakan.


Saya amat menanti-nanti kedatangan 1hb Jun kerana kami boleh makan free dengan menggunkan kupon, YEAH!!

Sekian sahaja, terima kasih.

No comments:

Post a Comment