Pada hari minggu yang lepas, kawan baik saya yang datang dari Seremban mengajak saya untuk memakan malam bersama. Salah seorang kami mengatakan bahawa dia sangat merindui makanan di Seri Murni, maka kami membuat keputusan memakan di sana.
Sesiapa yang pernah pergi SS2, kalau dia tidak mengetahui restaurant Seri Murni, dia boleh dikatakan agak outdate. Sebab restaurant ini sangat terkenal di SS2, bisnesnya sangat baik, meja dan kerusi disusun penuh di sepanjang jalan.
Boss restaurant ini adalah orang cina, pekerja-pekerjanya terdiri daripada orang melayu, makanannya adalah halal, maka semua bangsa pun boleh menikmati makanan di sini.
Restaurant ini tiada menu makanan, makanan yang dijual di mamak, ia pun ada; makanan yang tidak dapat di mamak, ia juga ada.
Biasanya kami menggunakan mata kami untuk melihat makanan yand dipesan oleh orang lain. Kalau berasa makanan itu sedap, kami hanya perlu memberitahu waiter bahawa kami pun nak set makanan yang sama.
Kuantiti makanan di sini agak banyak, maka saya menggalakkan dua orang berkongsi satu set makanan.
Ini adalah order yang wajib kepada kami-Ice blended, merah adalah tembikai, kuning adalah mango, terdapat buah-buahan yang segar di dalamnya.
Claypot loh sun fan, telur yang terletak di atas dinamakan bulan yang terang.
Mee emperor goreng dengan seafood
Rupa bentuk yang semacam dengan roti canai tetapi namanya adalah Hawaiian chicken, isinya terdapat sausage, ayam, daging burger, buah nenas, lapisan luar terdapat mayonis, emm sedapnya!
No comments:
Post a Comment