Friday, April 16, 2010

HOTEL PENCERAIAN PERKHAWINAN

Artikel di bawah adalah menunjukkan suatu cerita yang mengharukan mengenai sebuah hotel yang istimewa. Ia memberi mesej supaya tidak meninggalkan orang yang dicintai dimana bersusah payah mendirikan keluarga yang bahagia bersama-sama. Perniagaan hotel ini boleh mendatangkan keuntungan juga.

Terdapat sepasang suami isteri yang telah berkhawin selama sepuluh tahun. Perasaan percintaan di antara mereka telah semakin berkurangan masa demi masa. Suami berasa isterinya hanya merupakan tanggungjawab amnya sahaja. Selepas itu, dia semakin membenci isterinya apabila dia bertemu seorang gadis muda yang bersifat riang.

Suami ini berusaha memikat gadis muda ini dan berasa gadis muda ini merupakan teman baru dalam kehidupannya. Setelah bertimbang secara mendalam, dia ingin bercerai dengan isterinya. Isterinya tidak mencakap apa-apa, dia hanya bersetuju dengan keadaan yang aman.

Keesokkan, mereka pun pergi bahagian penceraian. Prosedur penceraian amat lancar, apabila keluar daripada bahagian penceraian, mereka kedua-keduanya telah mengubahkan status daripada berkhawin menjadi bujang. Ex-suami ini tiba-tiba berasa sepi, dia bercakap dengan ex-isterinya: apa kata kami makan malam bersama-sama.

Ex-isterinya menjawab: baiklah, kedengaran sini ada sebuah hotel yang baru bernama Hotel Penceraian. Mereka khas untuk menyediakan makan malam terakhir kepada pasangan suami isteri yang bercerai, kami makan di sana lah.

Ex-suami mengangguk kepala dan mereka menuju ke hotel tersebut.

“Selamat malam, tuan dan puan. Sila duduk, nak order makanan apa?” tanya daripda seorang pelayan.

“Kamu order lah.” Ex-suami bercakap.

“I jarang makan di luar, lebih baik u order jer.” Ex-isteri berkata.

“Maafkan saya, puan dan tuan. Hotel kami ada suatu peraturan, makanan untuk malam ini mesti dipesan demikian, puan perlu order makanan kegemaran tuan manakala tuan perlu order makanan kegemaran puan pula. Sebab ini adalah memori terakhir bagi kedua.” Pelayan menjelaskan.

“Okay, bagi I ikan kukus, mushroom goreng dengan black fungus. Ingat, jangan letak daun bawang dan halia, husband….tuan ini tidak suka makan semua ini.” Ex-isteri bercakap dengan lancarnya.

“Tuan, u nak order apa?” Pelayan tanya ex-suami.

Ex-suami tiba-tiba bengan. Mereka telah berkhawin selama 10 tahun tetapi dia betul-betul tidak mengetahui makanan kegemaran ex-isteri nya. Dia tidak dapat menjawab.

“Begitulah sahaja, sebenarnya kami berdua suka makan yang saya order tadi.” Ex-isteri berkata demikian untuk mengelakkan ex-suami segan.

Pelayan menunjukkan senyuman yang manis dan menyatakan: “Sebenarnya pelanggan mendatang ke hotel penceraian kami untuk menikmati makan malam terakhir, mereka tidak ada mood untuk memakan, maka “memori terakhir” tidak perlu makan lah. Sekarang sila mencuba minuman special yang disediakan kepada para pasangan yang bercerai, ini tidak ditolak oleh semua pelanggan.”

Ex-isteri mengangguk kepalanya : “Maka bagi kami minuman special hari ini lah.”

Dengan serta-mertanya, pelayan menyediakan dua minuman special antaranya adalah ais blended yang berwarna biru dan air panas yang berwarna merah.

“Minuman special hari ini dinamakan separuh api dan separuh air laut, sila menikmatinya.” Pelayan habis bercakap dan keluar dari bilik tersebut.

Dalam bilik tersebut, mereka berdua tidak bercakap apa-apa dan berasa tidak selesa.

“Kok, kok, kok.” Pelayan mengetuk pintu dengan memegang sekuntum bunga ros yang berwarna merah. “Tuan, u masih ingat keadaan tuan menghadiahkan bunga kepada puan pada kali pertama? Sekarang semua telah ditamatkan. Tidak dapat menjadikan pasangan suami isteri, maka menjadi kawan biasa, bunga ros ini menjadikan kenagan akhir kepada puan.

Ex-isteri mengingat pada masa 10 tahun yang lalu, keadaan ex-suaminya menghadiahkan bunga kepadanya pada kali pertama. Masa itu mereka berdua mencari makan di kota yang tidak ada saudara-mara, apa-apa pun tidak ada, semua bermula daripada kosong. Pada hari siang, mereka mencari kerja dan bertungkus lumus untuk mendapat rezeki.; pada waktu malam, ex-isteri membuka gerai di pasar malam untuk menambah lagi pendapatan, manakala ex-suami mencuci pinggan mangkuk di restoran. Pada masa larut malam, mereka baru pulang ke bilik sewa yang sebesar 10 meter persegi. Kehidupan sangat seksa tetapi mereka berasa gembira dan bahagia. Pada hari valentine, ex-suami membelinya sekuntum bunga ros pertama kepadanya, ex-isteri mengharu sehingga menangis. Sekarang sudah 10 tahun, kehidupan mereka telah bertambah baik, tetapi mereka bercadang untuk bercerai.

Ex-isterinya menangis dan menyatakan: “Bunga tidak perlu lah.”

Ex-sumai juga berfikir balik keadaan pada 10 tahun yang lalu, dia tidak pernah membelinya bunga ros sejak lima tahun yang lalu. “I nak beli bunga ros kepada kamu.” Ex-suami berkata.

Pelayan mengoyakkan bunga ros kepada dua dan memasukkan ke dalam minuman mereka, kemudian bunga ros melebur ke dalam minuman mereka.

“Bunga ros ini khas diperbuat daripada pulut, ia juga merupakan menu ketiga kami yang bernama memori yang bahagia. Puan dan tuan, sila menikmati, kalau ada apa-apa order, sila pesan saya.” Pelayan seterusnya keluar dari bilik.

“Saya…” ex-suami memegang tangan ex-isterinya dan ingin menyatkan sesuatu.

Ex-isteri menarik balik tangannya dan memandang muka ex-suaminya.

Tiba-tiba lampu telah dipadamkan, bilik menjadi gelap, loceng kebakaran berbunyi berserta dengan bau asap.

“Apa yang terjadi?” kedua-dua berdrii dengan serta-merta.

“Api, api, hotel berapi, kamu semua cepat-cepat mengikut jalan keselamatan.” Jeritan dari luar bilik.

“Yang, I sangat takut.” Ex-isteri memeluk ex-suami.

“Jangan takut, Yang. I ada di sini. Jom mari keluar dari bilik ini.” Ex-suami menjawab.

Apabila mereka keluar dari bilik, sebenarnya tidak apa yang berlaku, keadaan di luar secara normal.

Pelayan menuju ke mereka: “ Maafkan, puan dan tuan, kamu berdua telah terperanjat. Hotel kami tidak berlaku kebakaran, asap tadi adalah menu keempat kami yang bernama pilihan sebenar dalam hati. Sila masuk balik ke dalam bilik.”

Apabila mereka masuk balik ke bilik, lampu telah dibuka terang. “Yang, pelayan menyatakan dengan betul, keadaan tadi adalah pilihan sebenar dalam hati. Kami tidak berfikir berpisah antara sama lain. Besok kami pergi berkhawin semula.” Ex-suami berkata dengan ikhlas.

“Kamu sudi?” Ex-isteri berkata.

“I mesti sudi lah. I telah faham segalanya. Besok pagi kami pergi mendaftar khawin. Sila bagi bill.” Ex-suami menjerit.

Pelayan menghantarkan dua bill yang sangat special dan berwarna merah :“ Puan dan tuan, ini adalah hadiah terakhir dari hotel kami yang bernama bill selama-lamanya, berharap kamu berdua menyimpan dengan sebaiknya.”

Ex-suami membacanya dengan menitiskan air matanya.

“Kenapa, Yang?” Ex-isteri menanya.

Ex-suami membagi bill tersebut kepada ex-isterinya : “ Yang, I telah bersalah, maafkan I.”

Ex-isteri membuka bill tersebut, ia ditulis demikian:

SATU keluarga yang penuh kasih sayang;
DUA tangan yang bertungkus lumus untuk mendirikan rumah tangga;
TIGA hari tiga malam tidak tidur untuk menunggu kepulangan kamu;
EMPAT musim memperhatikan kesihatan kamu;
LIMA adalah penjagaan yang tidak berhenti-henti;
Menghormati ibu mentua yang berumur ENAM puluh tahun;
Satu minggu TUJUH hari menjaga anak tanpa apa-apa aduan;
Mempertahankan segala gossip daripada LAPAN arah;
SEMBILAN jam untuk menyediakan makanan kegemaran kamu;
Menyumbangkan SEPULUH tahun masa pemudaan untuk keluarga ini;
Ini adalah ISTERI kamu.

“Yang, kamu agak seksa bekerja di luar. Kebelakangan ini, I telah kurang memberi perihatin terhadap kamu.” Ex-isteri membagi billnya kepada ex-suami yang isi kandungan sedemikian:

Tanggungjawab bagi SATU lelaki;
DUA bahu memegang segala beban keluarga;
TIGA hari tiga malam bertungkus lumus bekerja untuk mendapatkan pendapatan;
Sentiasa bekerja dalam masa dua puluh EMPAT jam seharian;
LIMA adalah tidak dapat mengeluarkan apa-apa aduan kepada sesiapa;
ENAM kesan tanda tua menunjukkan di mukanya;
Bebanan daripada TUJUH orang saudara mara;
LAPAN kali untuk menyelesaikan dugaan;
Dia merupakan insan yang mempunyai SEMBILAN kelebihan dan satu kelemahan;
SEPULUH kali sepuluh peratus memberi sumbangan untuk mendirikan kebahagian keluarga;
Ini adalah SUAMI kamu.

Pasangn suami isteri memeluk antara satu sama lain lalu menangis.

Setelah membayar, mereka berterima kasih kepada pelayan dan pengurus hotel.

Dengan memandangkan bayang belakang mereka, pengurus hotel menyatakan: “ Bahagianya pasangan ini, hotel penceraian kami menyelamatkan lagi satu pasangan suami isteri lagi.”

No comments:

Post a Comment