Wednesday, January 27, 2010

DIM SUM BUFFET

Brunch bagi hari jadi I adalah dim sum buffet, bayaran buffet seorang hanya RM22 dengan memakan sesuka hati semua dim sum, bubur, mee, nasi, salad dan dessert yang sedia ada.

Kami telah mencabar memakan 11 basket dim sum, 6 pinggan dim sum yang goreng, nasi pulut ayam, chee cheong fun dan dessert. Kami tidak boleh memakan bahagian mee dan nasi kerana perut kami tiada ruang lagi untuk memuatkannya.

Maka, birthday I untuk tahun ini adalah makan, makan dan makan – western cuisine, seafood cuisine dan chinese cuisine, hebat betul!















Monday, January 25, 2010

RESTAURANT DE FOOK

Setelah memakan birthday cake, I dan Rachel bercadang second round pergi Restaurant De Fook untuk dinner.

I melaman ke website untuk mencari komen terhadap restaurant ini, terdapati banyak komen yang puji dan baik mengenai makanan seafood yang sedap serta murah.

Kami telah order makanan yang banyak – ikan, ketam, udang, taufu, sotong dan sayur.

Kami semua makan dengan kenyangnya.







Friday, January 22, 2010

SABTU? SATURDAY?

Lawak ini berlaku pada GM Ivan.

Nama inggeris GM ini dalam bahasa kantonis berbunyi seperti “MAHARAJA PENJUAL AYAM”, maka dia mendapat gelaran di belakangnya. Tambahan pula dia merupakan orang yang benci di dalam syarikat ini.

Suatu hari, syarikat N mengirim suatu email yang demikian: If you have any enquiries, please contact Ms.Amalia Sabtu at xxx-xxxx xxxx.

PENJUAL AYAM yang berlagak membalas email seperti ini: Ivan, please contact and make an arrangement to meet up Ms.Amalia on this Saturday.

Sebenarnya, customer ini telah berjumpa semalam, kenapa mereka perlu berjumpa sekali lagi?

Selepas ini, Ivan telah mendapat jawapannya. Rupa-rupanya PENJUAL AYAM telah salah faham terhadap nama bapa Amalia (Sabtu) dan customer ingin berjumpa pada hari Sabtu ini.

Wakakaka, ini adalah orang yang terlalu pandai.

Dengan ini, Ivan pergi membetulkan PENJUAL AYAM. Tetapi dia tidak mengakui salah dan mengatakan dia tidak pernah mendengar ada orang bernama SABTU.

PENJUAL AYAM, sila mengaku salah kalau buat salah; sila tanya kalau tidak tahu.

Wednesday, January 20, 2010

SEMPENA BIRTHDAY PADA TAHUN 2010

19hb Januari adalah birthday I, maka I perlu mengingatkan sendiri usia I telah menambah 1 tahun lagi.

Birthday pada tahun yang lepas, I telah menjangkit penyakit chicken pox yang akan dijangkit sekali oleh setiap orang dalam sepanjang umur hidupnya. Oleh sebab itu, I terdapat banyak jenis makanan pantang pada masa itu.

Makan besar untuk birthday pada tahun ini terdapat tiga sesi. Dengan ini, I telah menambahkan banyak kalori ke badan I. Jika terdapat sesiapa yang mempunyai teknik atau petua yang berkesan untuk menghilangkan lemak, sila memberi tunjuk ajar kepada I.

Rakan-rakan sekerja belanja I makan tengahari di Restaurant Big Brother, The Strand.


Big Brother terdapat promotion set lunch yang amat berbaloi, kandungannya agak banyak juga. (Main course + soup of the day + garlic bread + salad + minuman)










I ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekerja yang belanja I makan birthday lunch ini.

Di samping itu, muncul lah watak utama pada hari ini – Birthday cake!!

Tuesday, January 19, 2010

Monday, January 18, 2010

DOLPHINE KOPITIAM @ SEREMBAN

Kamu semua masih ingat roti bakar arang batu Vs roti arang batu bakar. Hari ini, kami dengan aunty menikmati lunch di kopitiam ini.

Ia lebih kurang dengan Oldtown Kopitiam, terdapat pelbagi jenis makanan, harga juga berpatutan. Tetapi tiada roti bakar arang batu, mungkin ia hanya untuk promotion pembukaan perniagaan.



Aunty telah order set lunch. Sebelum itu, I telah memakan tengahari, maka I hanya order roti bakar planta dan kaya.

Ini adalah chicken chop + buah-buahan + air limau


Ini adalah roti bakar planta dan kaya


Ia sangat rangup. Kami sambil makan, serbuk roti terjatuh di seluruh meja, segannya.

Di bawah menunjukkan “sarapan melangkah tahun” kami (I, Ivan dan adik-adik) pada awal pagi 1hb Jan 2010 yang dinikmati di sini.




Friday, January 15, 2010

KLIA CARGO VILLAGE

Pada hari minggu yang lepas, Ivan ingin menghantar dokumen kepada agentnya di KLIA, maka I pun menumpang keretanya pergi sekali.

Tempat ini merupakan tempat larangan, sesiapa yang mempunyai pas KLIA sahaja boleh masuk kawansan ini. Maka I terpaksa turun daripada kereta dan menunggunya di entrance. ( I pernah masuk tempat larangan ini dengan menipu pengawai sekuriti bahawa I ingin memohon pas KLIA.)

Cuaca hari ini kurang baik, gelap-gelap saja, kelihatan hujan akan turun serta-merta. I terasa boring dan mengambil gambar di sini sana. Tiba-tiba terdapat seorang India menuju ke arah I dan menanya samada I perlukan pertolongan untk mengambil gambar. Dengan serta-mertanya, I menolak pertolongannya dan mendoakan bahawa Ivan akan keluar dari kawasan larangan tersebut dengan secepat mungkin.

Nasib baik tidak lama kemudian, Ivan pun keluar daripada KLIA Cargo Village. I menceritakan peristiwa tadi kepada Ivan, dia bercakap bahawa dia tidak sangka terdapat orang sebaik hati ini. Tetapi I tidak setuju dengan pendapatnya. I berasa orang India itu bukan orang baik, dia mungkin akan merampas kamera I jika I memberi kamera itu kepadanya.

Ini adalah muka sepenuh KLIA CARGO VILLAGE



Sebelahnya adalah pejabat pos



Sebelah pejabat pos adalah Tune Hotel Air Asia