VS
Suatu hari, paksu membawa I pergi membeli barang di supermarket. Dalam perjalanan ini, kami melalui sebuah kedai kopitiam yang baru membuka perniagaan, namanya Kopitiam Dolphin.
Di luar pintunya, ada satu banner yang menulis :Roti Bakar Arang Batu. Paksu tiba-tiba tanya I pernah datang ke kopitiam baru ini makan roti arang batu bakar?
I berasa sangat pelik?Roti arang batu bakar? I memberitahunya bahawa ini adalah roti bakar arang batu, bukan roti arang batu bakar. Dia mengatakan bahawa roti bakar arang batu dengan roti arang batu bakar sama saja.
I pula menunjukkan muka yang action dan menjawap: roti yang dibakar dengan arang batu adalah roti bakar arang batu manakala roti arang batu bakar adalah arang batu menjadikan ramuan kepada roti tersebut.
Paksu terdengar dan mukanya berubah menjadikan merah. Paksu, struktur ayat yang berlainan akan membawa makna yang berlainan. Harap-harap jangan salah guna ayat-ayat, kalau tidak, ia akan menimbulkan suatu lawak yang besar.
No comments:
Post a Comment