Wednesday, February 24, 2010

E-NEWS 5

Sekarang melaporakan berita terkini. Dua hari yang lalu iatu pada hari Isnin selepas raya tahun baru cina, syarikat saya ada persembahan tarian singa untuk meraikan perayaan cina. Kebanyakan staf telah balik pada masa habis kerja, superior saya masih OT di dalam office. Tiba-tiba dia perasan seramik lantai yang di belakang tempat duduknya membongkak, sekurang-kurangnya 7 keping seramik dalam barisan yang sama membongkak serentak. Dia membuat lawak yang menyatakan kemungkinan tarian singa yang membuatkan demikian.

Pada keesokan hari, boss pun pergi melihat kejadian tersebut, dia memijak seramik lantai yang bongkak, bunyinya serupa ketukan tin yang kosong. Selepas itu, mereka meletakkan notis “AWAS” di sana untuk mengelakkan orang lain memijaknya. Pada pukul 4 lebih petang, I terdengar bunyi “bing”, diikuti dengan bunyi “bang bang” dua kali. Rakan sekerja yang terdengar pun datang melihat apa yang terjadi. Rupa-rupanya salah satu seramik lantai yang bongkak telah memecah sendirinya. Dalam masa yang sama, beberapa seramik lantai yang sebelum ini tidak bongkak, sekarang menjadi bongkak pula.

Kami baru sahaja memindah masuk ke office ini lebih kurang satu tahun lebih sahaja, office kami telah menjadi tidak selamat. Tarian singa akan membawa “ong”(baik) tetapi membawa “shui”(buruk) pula. Lady boss menyuruh “anak angkat”nya menukar tempat. Anak angkatnya berani betul mendekati seramik lantai yang pecah, saya cakap dengan dia sana sangat bahaya, tambahan pula, tanpa dia, company ini tidak ada masa depan. Kalau seramik lantai ini pecah semasa boss memijak, apa akan berlaku?

Selepas itu, boss menelefon kepada kontrakter. Mereka memberi jawapan yang menyatakan kemungkinan cuaca terlalu panas dengan konsep pemanasan dan pengecutan, kejadian pempecahan seramik lantai baru berlaku. Tetapi semasa baru memindah masuk, unit sebelah juga berlaku kejadian ini, sampai sekarang keadaan masih sama.

I rasa kemungkinan “feng shui” tidak baik, sebab saya menjangkit chicken pox pada minggu kedua memindah masuk ke office ini. Seterusnya, kami selau berasa office bergegar-gegar. Dinding selalu menunjukkan calar-calar seperti ular. Tukang kayu telah banyak kali menambah dinding, tetapi tiada perubahan langsung.

Di sini, I terdapat satu cadangan iatu kita perlulah memakai helmet semasa memasuk office supaya risiko kebahayaan boleh dikurangkan, wakaka!

Sekian, terima kasih.

Tuesday, February 23, 2010

GREENBOX KARAOKE

Pada hari ketiga tahun baru cina, kami telah booking bilik di Greenbox. Walaupun kami sangat excited, tetapi kami kena bangun awal sebab masa booking kami adalah pukul 10 pagi.

Kami sampai Jusco Shopping Mall pada pukul 9 lebih, pintu besar masih belum buka, tetapi terdapat ramai orang telah menunggu di luarnya, mereka mungkin datang untuk menonton wayang atau menyanyi.

Menu untuk hari ini semua adalah nama tahun baru cina.


Mee udang dengan mushroom


Nasi ayam paha herbal


Golden fried rice



Muka adik-beradik I semua ditunjukkan di dalam gambar ini- abang, adik perempuan, kakak dan adik lelaki .


Semasa kami sangat enjoy dalam menyanyi, tiba-tiba seorang dewa kekayaan berdiri di luar bilik kami, kami semua berasa sangat terkejut sampai tidak tahu bercakap apa-apa.

Dewa kekayaan membagi kami seorang satu angpau, di dalam bukan wang tetapi kupon greenbox.


Dengan serta-mertanya, I mengeluarkan kamera dan mengambil gambar dengan dewa kekayaan. Say Cheers! Gong Xi Fa Cai.

Saturday, February 20, 2010

DINNER REUNION

Menurut adat tradisional orang cina, pada hari tahun baru cina eve, setiap keluarga perlu menyediakan dinner reunion untuk melambangkan keluarga yang bersatu padu.

Antara adik-beradik kami tiada yang berkhawin, maka ahli keluarga I semua pun hadir menikmati dinner reunion.

Lauk-pauk untuk dinner reunion agak memuaskan, tiga jenis lauk dan satu jenis sup.

Ayam rebus yang sedap berserta dengan minyak bawang special




Spring roll yang perlu dimakan dalam tahun baru cina



Sayur campur berserta dengan udang yang besar



Sup jagung+lobak+herbal, agak berkhasiat



Lauk-pauk reunion pada tahun ini



Hari pertama tahun baru, keluarga saya tidak mengamalkan tradisi memakan makanan vegetarian, sebab setiap ahli keluarga merupakan peminat daging. Lauk-pauk setiap hari sekurang-kurangnya ada dua jenis daging, maka berat badan semakin bertambah.

Tambahan pula, terdapat banyak biskut tahun baru cina, maka selepas tahun baru cina, saya perlu menurun berat badan saya dengan bersungguh-sungguh.






Sunday, February 14, 2010

Saturday, February 13, 2010

Friday, February 12, 2010

MASAK-MASAK ~ MERAH, KUNING DAN HIJAU

Merah,kuning dan hijau=traffic light?? Bukan, bukan, ia bermaksud dengan dinner yang dimasak oleh I.

Merah = Sardin + Bawang

Kuning = Telur + Lobak

Hijau = Kacang botol + Cili padi

Thursday, February 11, 2010

BEG BERSINAR YANG BERWARNA PINK

Apabila I menampak beg yang berwarna pink ini, I terus mengambil gambarnya dengan serta-merta. I tidak mempedulikan risiko yang akan dimarahi oleh staff kedai, I hanya memegangkan suatu matlamat iaitu menunujukkan kepada Rachel yang merupakan peminat warna pink. Rachel, u suka beg ini tak?