Friday, March 5, 2010

KUALA SELANGOR-RIVER VIEW SEAFOOD RESTAURANT

Pada hari minngu, I mengajak sepupu pergi Kuala Selangor untuk memakan seafood.

Lebih kurang dalam satu jam, kami borak sambil menikmati pemandangan ladang-ladang yang kehijau-hijauan, tempat tujuan – Kuala Selangor telah pun sampai.

Kali ini merupakan kali pertama sepupu saya datang ke Kuala Selangor, maka kami pun merayau-rayau di kawasan pelabuhan penambung. Kami mengambil kesempatan membeli keropok-keropok.

Restaurant ini merupakan restaurant yang ternama, terdapat ramai pelancong-pelancong luar negara makan di sini.



Kami telah order seafood set – ikan, udang, ketam, oyster dan sayur.

Emm, Sedap dan kenyangnya.






Thursday, March 4, 2010

ANDA SUKA WARNA APA?



Di sini terdapat tiga keropok yang berlainan, keropok yang berwarna oren kekuningan adalah rasa ubi keledek; keropok yang berwarna ungu adalah rasa ubi keladi;keropok yang berwarna kelabu adalah rasa ikan, anda suka warna apa?

Ia dibeli di mana? Jawapan akan diberikan nanti.

Tuesday, March 2, 2010

SIAPA LENG LUI TU?

Jika bagi kamu balik ke zaman remaja dalam umur 15-16 tahun, kamu semua masih ingat apakah kegemaran kamu pada masa itu?

Adik bongsu pada masa kini terdapat satu tabiat yang baru iaitu minum teh dengan kawan-kawannya, satu minggu keluar lebih kurang tiga hingga empat hari. Kawan-kawan ini merupakan rakan sekolahnya juga, mereka boleh dikatakan akan berjumpa setiap hari. I berpendapat bahawa kemungkinan wang sakunya terlalu banyak. Tetapi adik bongsu menyatakan kawannya yang membelanjakan. Kalau terdapat kawan yang sebaik ini, I pun mengikut keluar minum teh lain kali.

Hari itu, I saja mengacau adik bongsu: cakap betul-betul, u ni pergi minum teh atau mencari awek?

Dia menjawap: Betul, minum teh saja. Semenjak ini, I tidak berjumpa dengan apa-apa leng lui yang menarik perhatian saya. Tetapi dulu sekolah terdapat satu leng lui yang boleh dikatakan cun sekali, sekarang dia telah graduate.

I tanya: Siapa dia?

Dia menjawap: Kak ngah lah. Ada lagi satu leng lui yang belajar di sekolah sebelah, tetapi telah graduate juga.

I tanya lagi: Siapa dia?

Dia menjawap dengan senyuman yang pelik: Kamu lah!

Semua yang terdengar jawapan ini dengan gerlakan yang tidak berhenti-henti.

Sunday, February 28, 2010

MAKAN MALAM DI RESTORAN REGENT

Pada hari kelima tahun baru cina, uncle sulong mengajak kami makan malam di Restoran Regent.

Menu pada hari itu seperti menu makanan perkhawinan, harganya adalah RM588, merangkumi yee sang, five combinations, shark fin, ikan, itik, udang, nasi goreng dan ais-krim.





Kami seramai empat meja, kelihatan sangat meriah, serupa mengadakan majlis perkhawinan, “YAM SENG”.


Terima kasih kepada uncle sulong.





Thursday, February 25, 2010

FOODTIAM CAFÉ

Hari keempat tahun baru cina, kami pergi shopping mall untuk berjalan-jalan. Kelihatan banyak orang masih bercuti, terdapat banyak keluarga membeli belah di sini.

Hari ini kami perlu memakan ubat tenang hati sebab perkara kehilangan budak hampir berlaku di hadapan kami.

Uncle ngah mempunyai seorang anak perempuan (Li Chin) yang berumur tujuh tahun, dia merupakan budak yang sangat aktif. Semasa kami membeli baju, tiba-tiba perasan dia tidak mengikut kami, maka kami beranggapan dia megikut kakak sepupu.

Selepas kakak sepupu habis membayar, kami pun bertemu dengannya, tetapi Li Chin tidak mengikutnya. Kami meletakkan harapan terakhir ke atas adik lelaki.

Tiba-tiba adik lelaki menuju ke depan kami tetapi Li Chin tidak mengikutnya.

Kami semua mula takut. Dia merupakan anak tunngal uncle ngah.

Nasib baik aunty berasa seorang makcik memegang Li Chin yang tengah menangis. Kami semua menghempus nafas dengan lega, kalau tidak dapat mencarinya, kami semua kena lari dari rumah.

Setelah itu untuk merayakan berjaya mencarinya, kami meminun di Foodtiam Café.



Nasi lemak ini mendapat anugerah di seluruh Negeri Sembilan




Green tea milk shake


White coffee


Jus cucumber + honey dew


Ice-blended chocolate


Full wheat bread with kaya and butter


Roti bakar kaya dan butter


Sandwich tuna dan telur


Ini adalah budak yang hampir hilang- Li Chin

Wednesday, February 24, 2010

E-NEWS 5

Sekarang melaporakan berita terkini. Dua hari yang lalu iatu pada hari Isnin selepas raya tahun baru cina, syarikat saya ada persembahan tarian singa untuk meraikan perayaan cina. Kebanyakan staf telah balik pada masa habis kerja, superior saya masih OT di dalam office. Tiba-tiba dia perasan seramik lantai yang di belakang tempat duduknya membongkak, sekurang-kurangnya 7 keping seramik dalam barisan yang sama membongkak serentak. Dia membuat lawak yang menyatakan kemungkinan tarian singa yang membuatkan demikian.

Pada keesokan hari, boss pun pergi melihat kejadian tersebut, dia memijak seramik lantai yang bongkak, bunyinya serupa ketukan tin yang kosong. Selepas itu, mereka meletakkan notis “AWAS” di sana untuk mengelakkan orang lain memijaknya. Pada pukul 4 lebih petang, I terdengar bunyi “bing”, diikuti dengan bunyi “bang bang” dua kali. Rakan sekerja yang terdengar pun datang melihat apa yang terjadi. Rupa-rupanya salah satu seramik lantai yang bongkak telah memecah sendirinya. Dalam masa yang sama, beberapa seramik lantai yang sebelum ini tidak bongkak, sekarang menjadi bongkak pula.

Kami baru sahaja memindah masuk ke office ini lebih kurang satu tahun lebih sahaja, office kami telah menjadi tidak selamat. Tarian singa akan membawa “ong”(baik) tetapi membawa “shui”(buruk) pula. Lady boss menyuruh “anak angkat”nya menukar tempat. Anak angkatnya berani betul mendekati seramik lantai yang pecah, saya cakap dengan dia sana sangat bahaya, tambahan pula, tanpa dia, company ini tidak ada masa depan. Kalau seramik lantai ini pecah semasa boss memijak, apa akan berlaku?

Selepas itu, boss menelefon kepada kontrakter. Mereka memberi jawapan yang menyatakan kemungkinan cuaca terlalu panas dengan konsep pemanasan dan pengecutan, kejadian pempecahan seramik lantai baru berlaku. Tetapi semasa baru memindah masuk, unit sebelah juga berlaku kejadian ini, sampai sekarang keadaan masih sama.

I rasa kemungkinan “feng shui” tidak baik, sebab saya menjangkit chicken pox pada minggu kedua memindah masuk ke office ini. Seterusnya, kami selau berasa office bergegar-gegar. Dinding selalu menunjukkan calar-calar seperti ular. Tukang kayu telah banyak kali menambah dinding, tetapi tiada perubahan langsung.

Di sini, I terdapat satu cadangan iatu kita perlulah memakai helmet semasa memasuk office supaya risiko kebahayaan boleh dikurangkan, wakaka!

Sekian, terima kasih.

Tuesday, February 23, 2010

GREENBOX KARAOKE

Pada hari ketiga tahun baru cina, kami telah booking bilik di Greenbox. Walaupun kami sangat excited, tetapi kami kena bangun awal sebab masa booking kami adalah pukul 10 pagi.

Kami sampai Jusco Shopping Mall pada pukul 9 lebih, pintu besar masih belum buka, tetapi terdapat ramai orang telah menunggu di luarnya, mereka mungkin datang untuk menonton wayang atau menyanyi.

Menu untuk hari ini semua adalah nama tahun baru cina.


Mee udang dengan mushroom


Nasi ayam paha herbal


Golden fried rice



Muka adik-beradik I semua ditunjukkan di dalam gambar ini- abang, adik perempuan, kakak dan adik lelaki .


Semasa kami sangat enjoy dalam menyanyi, tiba-tiba seorang dewa kekayaan berdiri di luar bilik kami, kami semua berasa sangat terkejut sampai tidak tahu bercakap apa-apa.

Dewa kekayaan membagi kami seorang satu angpau, di dalam bukan wang tetapi kupon greenbox.


Dengan serta-mertanya, I mengeluarkan kamera dan mengambil gambar dengan dewa kekayaan. Say Cheers! Gong Xi Fa Cai.