I berjaya menderma darah pada akhirnya. Kali ini adalah kali ke-sepuluh I menderma darah. Sejak tahun 2008 sehingga kini, setiap kali I pergi menderma darah pun tidak berjaya, sebab utama adalah tidak berlayak atau ketumpatan darah tidak cukup.
Sebelum itu, I yang mengajak Ivan pergi menderma darah. Pada mulanya, Ivan sangat takut sakit, selepas menderma pada kali pertama, dia telah mencintainya. Maka setiap tiga bulan, dia akan mengajak I pergi menderma darah. Untuk pengetahuan, dia telah menderma darah sebanyak tujuh belas kali, I baru menderma darah sepuluh kali sahaja.

Pada hari Sabtu yang lepas, kami menderma darah di Summit Hotel. Selepas mengisi borang, kami telah pergi seksyen memeriksa tekanan darah, doctor menyatakan tekanan darah I adalah normal 130/80. setelah itu, I pergi seksyen yang I paling takut-memeriksa ketumpatan darah, yes, I telah pass dan boleh meneruskan proses akhirnya-menderma darah.
I telah mengambil beg darah sementara menunggu jururawat untuk mencucuk darah. Setelah jururawat mencari salur darah di tangan kiri, dia pun mencucukkan jarum ke dalamnya. I boleh merasakan darah mengalir keluar daripada tangan I. I berasa jururawat ini mungkin telah mencucuk dengan tidak tepat, kerana I berasa sakit dan darah I macam tidak boleh mengalir keluar dengan lancar. Ivan telah memenuhi beg darahnya tetapi beg darah I belum penuh.
300ml darah I telah berjaya diderma tetapi tangan I berasa sangat sakit pada kali ini.
Ini adalah barang penghargaan daripada menderma darah.
No comments:
Post a Comment