Hari ini, Ivan menyiapkan kerjanya dengan lebih awal, maka kami bercadang pergi MV untuk makan malam di Nando’s Chicken.
Seperti biasa, perjalanan di Federal Highway lebih sesak, kami sampai ke MV lebih kurang pukul 7 lebih malam.
Apabila sampai di Nando’s Chicken, kami diaturkan di tempat yang agak dalam.
Kami telah order half chicken value meal, chicken sausage dan dua jenis minuman.
Hot chocolate
Seperti biasa, perjalanan di Federal Highway lebih sesak, kami sampai ke MV lebih kurang pukul 7 lebih malam.
Apabila sampai di Nando’s Chicken, kami diaturkan di tempat yang agak dalam.
Kami telah order half chicken value meal, chicken sausage dan dua jenis minuman.
Hot chocolate
Refillable Ice Lemon Ice
Chicken Sausage yang sedap
Selepas itu, kami menunggu selama setengah jam, half chicken value meal kami belum sampai lagi.
Kami mendapati bahawa makanan pelanggan yang datang selepas kami pun telah sampai, melampau betul!
Setelah Ivan mengadu dengan supervisor, makanan kami baru sampai. Kegemaran saya - Chicken roaster bersama kentang goreng serta salad keluaran terbaru.
Saya paling suka chili sauce di Nando’s Chicken. Chili saucenya ini akan berasa pedas selepas beberapa minit, maka saya meminum ice lemon tea dengan banyak.
Kemungkinan aduan kami sangat berkesan, apabila ice lemon tea kami telah habis, pelayan akan mengisikan bagi kami tanpa suruhan.
Nando’s chicken merupakan fast food, tetapi kami telah menggunakan masa satu jam lebih untuk menghabiskan.
Selain memakan malam di MV, tujuan kedua kami adalah membeli seluar di JJ.
Ivan mencari seluar yang sesuai di suatu jenama, tetapi promoter tidak mempedulikan kami walaupun dia mengetahui kami tengah mencari saiz seluar.
Selepas mencuba dengan kepuasan, kami ingin mencari promoter tersebut, tetapi dia telah hilang dirinya. Seorang promoter perempuan yang menjaga jenama lain mengatakan bahawa dia telah pergi sembahyang.
Maka kami pun menanyakan dia bahawa samada terdapat perkhidmatan tailoring ke atas seluar ini tak? Dia kata ada tetapi kami perlu membuat bayaran dahulu.
Tidak lama kemudian, promoter itu pun balik daripada sembahyang, kami pun membayar di kaunter cashier.
Apabila kami menyuruh promoter itu membuat tailoring, dia kata tidak ada perkhidmatan ini, hanya boleh membuat pada sesi pagi sahaja.
Mana boleh macam ini? Tadi makcik itu kata ada tailoring, kenapa kamu cakap tidak ada?
JJ sebesar ini, department lain tidak boleh menolong tailoring??
Promoter perempuan tadi menuju kami, dia kata setiap jenama hanya boleh membuat tailoring di jenama sendiri sahaja.
Selepas itu, tiada orang mempedulikan kami, kami macam orang bodoh sahaja.
Bagaimana memakai seluar yang tanpa tailoring? Tidak mungkin esok kami datang sini lagi kan?
Dengan api yang membara, kami mengadu di customer service yang berada di tingkat atas.
Kami berjumpa dengan seorang customer service perempuan yang berbangsa melayu dan mengatakan masalah kami dengan bahasa melayu.
Dia macam bagus menjawap dengan bahasa inggeris yang tidak berapa fasih, lagi geramnya.
Dia mengatakan bahawa bukan semua department mempunyai perkhidmatan tailoring.
Kami pula membalaskan bahawa department itu terdapat mesin menjahit, tidak mungkin mesin tersebut merupakan barang hiasan.
Selepas itu, terdapat seorang perempuan cina menanyakan apa yang terjadi.
Customer service tersebut memberitahu masalah kami kepadanya. Tanpa apa-apa pertanyaan, dia menyuruh kami tunggu sebentar, dia menelefon ke kaunter untuk memahami sebab-sebabnya.
Rupa-rupanya dia adalah customer care manager.
Tidak lama kemudian, manager tersebut mengatakan boleh membuat tailoring dan membawa kami ke tingkat bawah dengan bersopan santun.
Yang paling kelakar, orang yang kami jumpa adalah promoter tersebut yang mengatakan tiada perkhidmatan tailoring.
Kami mengikut promoter itu menuju ke kaunter tailoring. Sebelum menjahit, promoter tersebut mengatakan dia baru bekerja di sini dan tidak pandai menjahit, kalau dia salah menjahit, kami jangan memarahi dia. Oh my god, kenapa dia boleh bercakap demikian.
Manager itu menuju ke kami, Ivan bercakap dengan dia bahawa promoter ini tidak ada keyakinan untuk menjahit.
Selepas mendengar alasan kami, dia menyuruh orang yang daripada department lain untuk menjahitnya.
Manager boleh berhak membuat demikian kerana dia memegang prinsip “Customer is always right”. Maka tindakan kami yang diambil adalah betul dan tepat.
Pengaduan kami diselesaikan di bawah bantuan customer care manager yang bijak.